CHAPTER 30 | EMPAT MATA.

227 10 0
                                    

Apabila pintu galeri itu dibuka, kelihatannya Cik Juliet sedang menunggunya. Wanita itu berdiri setelah melihat Shea Marrietta melangkah masuk.

"Selamat pagi, Puan Weir." Tegur Cik Juliet.

"Selamat pagi, Cik Juliet."

Mereka saling berbalas pandangan.

Wanita itu sedang menatapnya sambil tersenyum sinis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wanita itu sedang menatapnya sambil tersenyum sinis. Dia tahu itu adalah wanita simpanan suaminya, namun dia tetap melayaninya persis seorang tetamu yang sewajarnya.

"Tahniah, Puan Weir. Kerana telah berjaya mendapatkan hati Weir." Shea Marrietta hanya diam, dan mendengar apa sahaja yang ingin diperkatakan oleh wanita itu.

"Mungkin selepas ini, yang akan menjadi mangsa kekerasan Weir adalah Puan Weir sendiri, seperti apa yang telah terjadi kepada saya... Sekarang ini dan juga sepertimana yang telah terjadi sebelum-sebelum ini." Cik Juliet menyindirnya sinis sambil menunjukkan bekas tamparan di pipinya.

"Jangan risau, we're done. Puan Weir pasti sangat berpuas hati, bukan? Tahniah kerana telah dapat memiliki Weir dengan sepenuhnya." Biarpun dia masih belum dapat menerima perpisahannya dengan Weir Thaddeus, namun dia harus bertenang agar dapat meneruskan perancangannya untuk memisahkan Weir Thaddeus dan Shea Marrietta ini.

"Saya telah mengorbankan usia muda saya demi dia. Selama 5 tahun saya ikut dia berpindah ke China.. dan ini balasannya terhadap saya."

Wanita itu tersenyum.

"... Saya mengucapkan semoga berjaya menjadi mangsa terbaru Weir Thaddeus dan bertahan dengan perlakuan kasarnya."

"Cik Juliet...."

"Weir tidak akan berubah, Puan Weir.. Banyak kali dia telah berjanji kepada saya untuk berubah, namun janji tinggal janji.. Ketika dia bersama dengan saya, dia juga cuba memikat Puan, Puan rasa dia mampu bertahan dengan Puan seorang?." Wanita itu ketawa dengan sinis.

"Saya sudah memberikan layanan yang secukupnya kepada dia, tetapi dia tetap mencari yang lain. Bagaimana pula dengan Puan? Puan sudah memberikan layanan yang secukupnya kepada dia, terutamanya layanan di atas katil? Bagi Weir Thaddeus, itu yang paling penting." Shea Marrietta terdiam, manakala Cik Juliet pula senyum sinis kerana dia yakin wanita ini akan termakan dengan kata-katanya.

Cik Juliet bingkas bangun.

"Jangan kata saya tidak memberikan amaran kepada Puan, ya..." Cik Juliet menatap seketika wajah Shea Marrietta sebelum dia melangkah keluar dari galeri itu.

Shea Marrietta memandang sahaja wanita itu pergi. Hatinya berbelah bahagi, tersepit diantara ingin mempercayai kata-kata wanita itu ataupun kata-kata suaminya.

"Mmm."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now