CHAPTER 32 | TASIK DAN KENANGAN MANIS.

230 10 0
                                    

"Saya sayangkan awak, Weir." Shea Marrietta berbisik lembut ditelinganya.

Dia tersenyum tatkala mengingati kata-kata isterinya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia tersenyum tatkala mengingati kata-kata isterinya itu. Masih terasa sentuhan lembut jari-jemari Shea Marrietta diwajahnya dan masih belum hilang kehangatan yang dikongsikan bersama-sama sebentar tadi.

Shea Marrietta membuka kedua-dua matanya. Seluruh bahagian tubuhnya terasa sakit dan apabila dia tersedar, barulah dia mengingati apa yang telah terjadi diantara dia dan suaminya, Weir Thaddeus. Apabila dia menoleh ke sebelahnya, suaminya itu sudah pun tiada disebelahnya mahupun didalam bilik itu.

Dia termenung.

"Setelah dia mendapat yang diinginkan, kita sudah tiada gunanya lagi, Puan Weir." Terngiang-ngiang ditelinganya kata-kata Cik Juliet tempoh hari.

Shea Marrietta sudah kehilangan segala-galanya ditangan suaminya itu, sejak 5 tahun yang lalu dan juga ketika saat ini. Dia sudah tidak mempunyai apa-apa lagi dan mungkin nasibnya juga bakal menjadi persis wanita bernama Juliet itu.

Dia bangun sambil menutupi tubuhnya dengan comforter tebal lalu melangkah pergi ke almari untuk mengambil sehelai tuala bersih. Tubuhnya dililit dengan tuala bersih dan dia pun melangkah masuk kedalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya.

Lehernya diurut-urut, rambutnya yang panjang mengurai itu dibiarkan lepas, dia ingin membersihkan segala-galanya. Dia berharap selepas ini suaminya akan lebih berpuas hati terhadapnya dan berhenti daripada menuduhnya lagi.

Weir Thaddeus yang sedang berada didalam jacuzzi itu hanya memerhatikan sahaja tingkah laku isterinya itu. Dia telan air liur tatkala melihat keadaan isterinya ketika itu, terimbas kembali saat-saat bersama sebentar tadi. Sangkaannya meleset sama sekali tentang isterinya itu, dia senyum apabila mengetahui bahawa dia adalah yang pertama buat isterinya itu.

Kemudian, tuala yang terlilit di tubuhnya ingin dilucutkan sebelum dia menyedari suaminya yang berada didalam jacuzzi itu sedang memerhatikannya.

"Arghh!."

Shea Marrietta telan air liur.

"Ehem! Err saya fikir awak sudah keluar." Suaminya bangun dari jacuzzi itu, serentak itu Shea Marrietta menutup matanya.

Weir Thaddeus senyum nakal. Dia tidak ingin pergi kemana-mana selain ingin berada disisi isterinya sahaja.

"Malu lagi? Kita telah berkongsi segala-galanya sebentar tadi, She." Suara itu kedengaran dekat dengannya, dan apabila dia membuka matanya, suaminya telah pun berdiri dihadapannya sedang melilit tuala di pinggangnya.

"Saya sayangkan awak, Weir." Terngiang-ngiang ditelinganya bisikan lembut isterinya, dia senyum.

"Ehem.. Mmm." Shea Marrietta hilang kata-kata. Dia malu dengan perasaannya sendiri sehinggakan dia juga malu untuk menatap mata suaminya itu.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now