CHAPTER 42 | BERITA BAIK ATAU TIDAK?

224 10 0
                                    

Kali ini percaturannya dengan memilih Tuan Mark sebagai sugar daddy yang baru amatlah tidak tepat. Lelaki itu langsung tidak berani untuk menentang atau mempertahankannya dihadapan Puan Delis. Dia hidup didalam ketakutan gara-gara ugutan daripada Puan Delis itu.

Dan, dia bertekad, dia perlu mendapatkan semula hati Weir Thaddeus itu agar hidupnya kembali tenang seperti sebelum ini.

Dia akan melakukan segala-galanya asalkan lelaki itu mahu menerimanya kembali.

Dia akan melakukan segala-galanya asalkan lelaki itu mahu menerimanya kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Shea Marrietta merasa tidak sihat badan. Kepalanya terasa pening dan tekaknya juga merasa loya. Perutnya juga terasa tidak selesa, dan dia juga kerap terkencing yang tidak lawas rasanya. Dia merasa risau akan kesihatan dirinya, jadi, dia mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital.

Dia menunggu keputusan dengan penuh sabar. Dia ingin sentiasa sihat kerana dia perlu menjaga orang-orang yang dicintainya dengan baik. Dan, kebahagiaannya bersama dengan Weir Thaddeus juga baru sahaja bermula.

Muncul Doktor Miguel dari balik pintu sambil memegang sekeping kertas. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi didalam bilik rawatan itu.

"Saya sihat, kan, Doktor Miguel?." Soal Shea Marrietta namun tiada reaksi diwajah doktor itu.

"Mmm. . Ehem! Puan Weir..."

"Ya, saya." Wajahnya kelihatan risau.

"Mmm.. Err awak mempunyai 9 bulan sahaja lagi... Mmm..." Bulat mata Shea Marrietta tatkala mendengar kata-kata Doktor Miguel itu.

"Hah?! Saya sakit apa, Doktor?!."

Tetapi, Doktor Miguel tidak dapat menahan senyumannya lagi. Dia tidak sampai hati ingin terus mengusik wanita itu dan akhirnya dia tersenyum dengan lebar.

"Tahniah, Puan Weir. Awak mengandung!." Beritahu Doktor Miguel dengan wajah gembira.

"A...apa? Saya meng...andung?." Sepertinya dia tidak dapat mempercayainya.

Doktor Miguel angguk kepala sambil tersenyum.

"Saya tak salah mendengar, kan, Miguel?."

Doktor Miguel tertawa.

"Awak tak salah mendengar, Marrietta.. Tahniah kerana awak bakal melahirkan anak pertama tidak lama lagi." Shea Marrietta memegang perutnya, seakan masih tidak percaya dengan berita yang baru didengarinya itu.

Dia senyum sambil mengusap-usap lembut perutnya itu.

"Anaknya bersama Weir Thaddeus?." Senyuman terukir dibibirnya.

Namun, adakah suaminya itu akan sebahagia dirinya tatkala mengetahui dia bakal menjadi seorang ayah? Jantungnya berdebar-debar ingin mengetahui apakah reaksi suaminya itu nanti.

"Ini ubat yang awak perlu makan. Eat healthy food, ya. Rehat yang secukupnya. Don't stress." Pesan Doktor Miguel.

Mereka berdua berbalas pandangan dan senyuman.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now