CHAPTER 12 | JADI WANITA SIMPANAN TUAN WEIR.

594 15 0
                                        

"Tuan Weir, ayah kepada Cik Marrietta dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung." Beritahu Thor.

"Oh, patutlah gadis itu berada di hospital tempoh hari." Bisiknya.

Shea Marrietta tersengguk-sengguk di atas kerusi disisi katil ayahnya yang sedang terbaring itu. Tidurnya tidak mencukupi, dan waktu makannya juga tidak teratur.

Wajahnya terlihat begitu melelahkan.

Weir Thaddeus yang sedang melihat dari celah tingkap kaca bilik wad itu berasa kasihan tatkala melihat gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Weir Thaddeus yang sedang melihat dari celah tingkap kaca bilik wad itu berasa kasihan tatkala melihat gadis itu. Andai saja gadis ini datang kepadanya, pasti dia akan menghulurkan tangan untuk membantu.

Dan tiba-tiba, dia terdengar bunyi tapak kasut sedang berjalan ke arah wad itu, dengan pantas dia menyembunyikan dirinya.

Kelihatannya Tuan Carlos bersama 2 orang pembantunya sedang meluru ke arah wad itu. Pintu wad itu dibuka dengan kuat menyebabkan Shea Marrietta terkejut dari tidurnya dengan kehadiran mereka bertiga. Tuan Carlos tersengih memandang ke arah gadis itu.

"Tuan Jayce masih belum sedarkan diri lagi?." Sinis bunyi nada itu.

"T..Tuan ni siapa?." Tuan Carlos memandang Shea Marrietta dengan pandangan nakal. Meneliti segenap inci tubuh gadis itu.

"Kau bernasib baik ketika itu, ada seseorang yang telah menyelamatkan kau. Tapi kali ini, aku akan pastikan kau tidak akan bernasib baik lagi." Ugutnya sinis.

Shea Marrietta telan air liur, lalu menolak tubuh Tuan Carlos agar keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu ayahnya mendengar.

Weir Thaddeus masih memerhatikan mereka.

"Aku nak tuntut bayaran hutang yang telah dibuat oleh Rupert Charles. Kalau kau tak dapat membayarnya, segala harta termasuk Villa Jayce akan dirampas!." Shea Marrietta terkejut.

"Rupert sudah mencagarkan villa dan segala harta benda Tuan Jayce kepada aku.. Mmm semua harta benda Tuan Jayce akan dirampas, termasuklah mmm diri kau dan adik kau." Senyuman lelaki itu kelihatannya sungguh sinis.

Weir Thaddeus genggam penumbuknya dengan kuat.

"Saya akan menjelaskan semuanya. Tapi beri saya sedikit tempoh." Rayu Shea Marrietta.

"Baik. Aku boleh berikan kau seminggu tempohnya. Jika kau masih tidak dapat menjelaskan pinjaman itu, semua harta benda milik Tuan Jayce akan dirampas. Termasuklah kau dan adik kau tu!." Lelaki tua itu ketawa sinis sebelum beredar meninggalkannya seorang diri.

Pandangannya kosong saat itu. Dia terduduk di lantai itu menangisi nasib keluarganya. Kini, hanya dia yang perlu bekerja keras untuk menyelesaikan segala hutang keluarganya. Weir Thaddeus ingin memeluk gadis itu tetapi dia diselubungi rasa ego. Dia ingin gadis itu sendiri yang datang kepadanya dan merayu bantuan darinya.

 Dia ingin gadis itu sendiri yang datang kepadanya dan merayu bantuan darinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SWEET POISON | COMPLETEStories to obsess over. Discover now