Mereka berdua berpimpinan tangan sambil berjalan-jalan disekitar kediaman rehat tersebut. Angin sejuk menyapa membuatkan tangan Shea Marrietta kesejukan. Tanpa diminta, Weir Thaddeus melucutkan leather jacket yang dipakainya dan menyarungkannya ke tubuh isterinya.
"Terima kasih, Weir."
"Sama-sama, love." Mereka berdua meneruskan perjalanan lagi.
"Kediaman rehat ini saya beli semenjak 5 tahun yang lalu, sebelum saya berhijrah ke China." Ujar Weir Thaddeus.
"Mmm." Tiba-tiba dia rasa cemburu.
"Tetapi... Saya tak pernah datang ke sini atau membawa siapa-siapa ke sini, kecuali membawa isteri saya ini." Sebelum isterinya itu salah faham tentang dirinya, lebih baik dia berterus terang terlebih dahulu.
"Betul? Hanya saya saja?." Uji Shea Marrietta. Weir Thaddeus angguk kepala, dia tidak menipu.
"Saya belum tua lagi, She. Ingatan saya masih kuat." Jawab suaminya sambil tersenyum nakal.
"Dan, setelah konflik yang melanda kita berdua, barulah saya mengupah Nicole, Mak Cik Susan, Pak Cik Tupax dan juga Jeremy untuk bekerja disini, menjaga ladang anggur dan kediaman rehat ini."
"Saya ingin rampas segala-galanya yang awak ada ketika itu, She.. tapi saya tetap kalah dengan perasaan sayang saya terhadap awak."
"Dan, salah faham tentang awak akan berpindah ke luar negara bersama dengan Martin Jones membuatkan saya bertambah marah dan benci kepada awak."
"Tapi, awak lukakan hati saya ketika di kelab malam itu, Weir."
"Mmm saya tahu, love.. Saya diselubungi rasa marah disebabkan oleh salah faham itu, She. Saya buat segala-galanya untuk pastikan yang awak akan sentiasa berada disisi saya, namun segalanya gagal."
"Di kelab malam itu, saya cuma ingin menakutkan awak supaya awak akan menerima pelawaan saya untuk berpindah masuk ke Weir's. Tapi, awak bukan wanita seperti itu." Weir Thaddeus meraih jari-jemari isterinya lalu dikucup lembut.
"Saya minta maaf, love.. dalam 5 tahun itu, saya tak pernah melupakan awak.. Dan, saya sangat bersyukur selepas mengetahui yang awak bukanlah wanita simpanan kepada bapa saudara saya." Weir Thaddeus merenyih nakal. Shea Marrietta mencebik geram lalu mencubit pinggang suaminya sehingga Weir Thaddeus mengaduh kesakitan. Jari isterinya diraih dan digenggam erat.
"Dalam masa 5 tahun, banyak yang terjadi.. Tanpa ayah, Kak Lila, dan juga awak, Weir.. Saya hanya bertahan hidup demi Ellie.."
"Ellie selalu bertanyakan tentang awak. Kemana Pak Cik pergi, bilakah Pak Cik akan pulang.. Mmm."
"Dan, ketika Ellie meninggal, saya hilang sepenuhnya jiwa saya... Mujurlah Tuan Nacho ada bersama.. Dan, dengan bantuan daripada Doktor Miguel juga.. Saya berhenti melukis setelah kehilangan Ellie.. Saya diselubungi dengan rasa sedih dan murung.. Dan, Doktor Miguel yang telah memberikan semangat kepada saya ketika itu, Weir." Weir Thaddeus menyeka air mata isterinya itu.
"Saya fikir saya tidak akan pernah bertemu dengan awak lagi.. Setiap hari saya akan pergi ke villa dan galeri itu untuk mengubati luka dan kerinduan saya.. Saya jalaninya seorang diri.. Saya pendamkan kesedihan kerana tidak ingin Tuan Nacho merasa sedih.. Cukuplah kesedihan semasa kami kehilangan Ellie. Waktu itu, Tuan Nacho benar-benar dilanda kesedihan."
"Dan, setelah 5 tahun berlalu, awak kembali lagi.." Weir Thaddeus menggengam erat jari-jemari isterinya.
"Saya ingin memulakan kehidupan yang baru dengan awak, She.. bersama dengan kehidupan yang awak dambakan." Weir Thaddeus menatap kedalam mata isterinya itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/364087500-288-k509575.jpg)
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...