Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...
Petang itu juga suaminya pulang lewat, lebih lewat daripada kelmarin. Shea Marrietta sedang berbaring diatas katil ketika suaminya berbaring disebelahnya.
"Good night, love." Suaminya mengucup lembut dahinya lalu memeluk tubuhnya. Belum sempat dia bertanya, suaminya sudah pun terlena, kelihatan suaminya benar-benar kepenatan. Dia mengambil peluang untuk menatap wajah suaminya, meneliti setiap inci wajah itu. Dan, tiba-tiba suaminya mengeratkan pelukannya. Tidak lama kemudian, dia juga ikut tertidur didalam pelukan suaminya itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cik Juliet sengaja pergi ke Perusahaan Thaddeus untuk menemui lelaki itu. Lelaki yang sedang duduk itu sedang menatapnya dengan pandangan tajam. Dia sudah tiada apa-apa urusan dengan wanita itu.
"Mmm ada apa kau ke sini?." Soal Weir Thaddeus. Cik Juliet membalas pandangan lelaki itu.
"Weir..." Cik Juliet menghampiri lelaki itu, lalu mencuba untuk menyentuh tangan lelaki itu namun ditepis.
"Tak boleh ke kalau awak melayani saya dengan baik, Weir? Seperti sebelum ini."
"Maaf, Juliet.. Aku tidak akan menduakan isteri aku lagi." Balas Weir Thaddeus.
"Tak! Awak tak boleh buat saya macam ini, Weir!."
"Cukuplah, Juliet. Kau pergilah cari kebahagiaan kau sendiri."
"Oh! Sebab kau sudah menemui kebahagiaan hidup kau?! Jadi, dengan mudahnya kau buang aku!." Weir Thaddeus berdiri lalu menatap tajam wajah wanita itu.
"Isteri awak tidak setia dengan awak, Weir! Dia tak cintakan awak sepertimana saya yang cintakan awak selama ini!." Cik Juliet memeluk lelaki itu dengan kuat. Weir Thaddeus cuba untuk menepisnya.
PRAK!
Tubuh wanita itu terhentak pada bucu meja kaca setelah Weir Thaddeus menolaknya.
"Aduh..!." Cik Juliet memegang perutnya sambil diperhatikan oleh Weir Thaddeus. Dan, ada cecair merah pekat yang tiba-tiba mengalir di kedua-dua celah kakinya.
"Weir!."
"Juliet!." Weir Thaddeus bungkam. Dia melihat ke celahan kaki wanita itu. Darah?
"Tolo......ng, Weir!."
Terus Weir Thaddeus bertindak mencempung tubuh wanita itu untuk dibawa ke hospital.
Shea Marrietta menemani Tuan Nacho ke hospital kerana ayah angkatnya itu mempunyai appointment. Mereka berdua beriringan menuju ke bilik Doktor Miguel.
"Oh! Telefon bimbit Marrietta tertinggal di dalam kereta. Papa masuk kedalam dulu, ya."
"Baiklah." Setelah Tuan Nacho masuk kedalam bilik Doktor Miguel itu, dia terus berjalan menuju ke pintu keluar.
Ketika langkahnya hampir tiba di pintu masuk hospital itu, dia terpandangkan sorang lelaki yang amat dikenalinya sedang mencempung tubuh seorang wanita yang berlumuran dengan darah di celahan kaki wanita itu.