CHAPTER 36 | PULAU SOBIESZEWO.

270 13 0
                                    

Mereka akhirnya tiba di Pulau Sobieszewo. Pulau tersembunyi yang terletak di Utara Poland, tidak jauh dari Bandar Gdansk. Tempat yang sempurna untuk percutian yang damai dan santai, dengan keindahan semula jadi. Shea Marrietta ingin berjalan-jalan di pantai, meneroka hutan pulau dan menikmati masakan tempatan yang lazat sementara mereka berada disitu.

Shea Marrietta tersenyum gembira.

"Pulau ini adalah rumah kepada pelbagai hidupan liar, termasuk burung yang berhijrah, rusa, dan musang. Jika Tuan dan Puan Weir adalah seorang pencinta alam semula jadi, Tuan dan Puan akan merasa kagum dengan kepelbagaian flora dan fauna di pulau ini." Ujar Captain Williamson tersenyum.

"Wow! Ye ke?." Shea Marrietta membalas senyuman itu.

"Satu lagi sebab untuk melawat Pulau Sobieszewo ialah pantainya yang indah. Pulau ini adalah rumah kepada beberapa pantai yang paling menakjubkan di Poland, dengan air jernih dan pasir putih yang lembut... Pantai ini sesuai untuk aktiviti berenang, berjemur dan bersantai."

"Pulau ini juga merupakan destinasi yang bagus untuk penggemar sejarah... Pulau Sobieszewo mempunyai sejarah yang kaya sejak abad ke-10. Pulau itu pernah menjadi rumah kepada puak Slavic yang dipanggil Pomeranian, yang terkenal dengan ketukangan dan kemahiran pelayaran mereka. Hari ini, Tuan dan Puan Weir masih boleh melihat sisa-sisa penempatan mereka di pulau itu."

"Wah! Banyak yang awak tahu tentang pulau ini, ya."

Lelaki itu tersenyum.

"Datuk saya berasal dari sini. Jadi, ini adalah kampung halaman saya, Puan Weir.. Saya sangat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan Tuan dan Puan Weir ke kampung saya ini." Jawab Captain Williamson tersenyum.

"Oh, patutlah.. Jadi, kalau awak ingin pulang ke rumah keluarga awak, awak boleh pergi. Saya izinkan." Captain Williamson memandang ke arah Weir Thaddeus yang sedang berdiri disebelah Shea Marrietta.

"Oh. Jangan risau, Tuan Weir tidak akan marah jika saya yang menyuruh, dia akan ikut cakap saya. Kan, love?." Soal Shea Marrietta pura-pura bermanja. Weir Thaddeus senyum nakal, lalu memeluk pinggang isterinya dengan erat.

"Ya. Saya mesti akan ikut cakap isteri saya. Awak boleh pergi, Captain Williamson. Lagi pula saya juga ingin bermanja-manja dengan isteri saya ni tanpa ada gangguan, kan love?."" Weir Thaddeus menoleh ke arah isterinya itu.

Senjata makan tuan, Shea Marrietta gigit bibirnya menahan geram.

"Ehem!." Shea Marrietta berpura-pura tersenyum dihadapan Captain Williamson manakala, Weir Thaddeus pula sengaja mengeratkan pelukannya.

"Baiklah, Tuan dan Puan Weir." Balas Captain Williamson tersenyum dan tanpa menunggu, dia terus beredar meninggalkan pasangan itu.

"Bye, Captain Williamson!." Ucap Shea Marrietta sambil melambaikan tangannya.

" Ucap Shea Marrietta sambil melambaikan tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now