"Saya tidak akan membiarkan awak membahayakan diri awak lagi, She." Kata-kata lelaki itu kedengaran lagi.
Hidupnya bagaikan tiada gunanya lagi. Ditinggalkan pergi oleh ibu, ayah dan adik bongsunya buat selama-lamanya itu lebih menyakitkan daripada ditinggalkan pergi selama 5 tahun. Jadi, apa gunanya dia memikirkan tentang soal keselamatan dirinya? Lelaki itu dan Rupert Charles juga tiada bezanya. Terimbas kembali kejadian tembak dimatanya pada 5 tahun yang lalu. Dia sangat membenci lelaki sebegitu terutamanya setelah apa yang dilalui oleh kakaknya.
Dia tidak akan sesekali menjebakkan dirinya dengan lelaki begitu. Bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut membahayakan nyawa orang-orang disekelilingnya.
Dia tidak ingin orang-orang disekelilingnya mengalami nasib yang sama seperti adik bongsunya.
"Kakak, Shea akan membebaskan kakak daripada lelaki itu. Shea berjanji. Kakak tunggu Shea, ya."
"Sayang." Panggil Rupert Charles. Saat itu lelaki itu sedang kemabukkan. Lila Arianna ketakutan melihat wajah suaminya, senyum namun mengerikan. Rupert Charles memeluknya dengan sangat kuat.
"Err Rupert. I nak pulang melawat Shea." Rupert Charles terus menolak kuat tubuh isterinya itu.
"Aku dah cakap, jangan sebut atau fikir pun tentang itu! Kau tak boleh berganjak keluar dari rumah ini! Faham?!." Lila Arianna terkejut mendengar jerkahan suaminya itu.
"Faham?!." Tubuhnya dihempaskan ke atas katil. Lila Arianna meronta-ronta ingin melepaskan diri daripada pelukan suaminya namun dia tidak berdaya. Tubuh suaminya terlalu kuat.
...
Cik Juliet melemparkan telefon bimbitnya ke atas lantai setelah melihat gambar-gambar lelaki itu bersama dengan Shea Marrietta yang diambil di galeri milik wanita itu.
"ARGHH!." Jeritnya. Dia tidak menyangka bahawa mereka berdua akan bertemu lagi. Weir Thaddeus sangat membenci gadis itu namun mengapa mereka bertemu lagi.
"Pasti wanita itu yang mencari Weir!."
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...