CHAPTER 51 | AKHIRNYA SELAMAT.

188 6 0
                                    

"Stupid!." Jerkah Martin Jones tatkala melihat seekor rusa sedang berdiri dihadapan keretanya lalu dia menekan hon untuk menghalau rusa besar tersebut.

Weir Thaddeus menggengam erat jari-jemari isterinya yang sedang terbaring itu. Mujurlah dia yang menjumpai isterinya itu sebelum Rupert Charles dan Martin Jones. Wajah isterinya berbekas dengan kesan luka dan lebam. Dia sedih tatkala melihat wajah itu.

"Saya janji saya akan membalas dendam untuk awak, love." Dia mengusap lembut pipi isterinya itu.

Lila Arianna berlari-lari sambil ditemani oleh Doktor Miguel menuju ke bilik wad yang menempatkan Shea Marrietta.

"Shea!." Panggil Lila Arianna ketika masuk ke dalam bilik wad tersebut. Kelihatannya Weir Thaddeus setia sedang menemani adiknya yang masih belum sedarkan diri itu.

"Shea... Weir... Syukurlah kamu berdua selamat." Lila Arianna memeluk tubuh Weir Thaddeus dengan erat sambil diperhatikan oleh Doktor Miguel.

"Papa macam mana?."

"Keadaan papa juga beransur membaik." Balas Lila Arianna lalu melepaskan pelukan itu dan menoleh ke arah adiknya yang sedang terbaring itu.

"Oh adik kakak..." Dia mengusap lembut pipi adiknya itu, sambil memerhatikan luka dan lebam yang kelihatan di wajah itu.

" Dia mengusap lembut pipi adiknya itu, sambil memerhatikan luka dan lebam yang kelihatan di wajah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tuan Weir." Tegur Doktor Miguel sambil menghulurkan tangannya dan disambut dengan baik oleh Weir Thaddeus.

"Doktor Miguel." Weir Thaddeus membalas teguran Doktor Miguel itu.

"Mmm bagaimana dengan penculik-penculik itu, Weir?." Soal Lila Arianna.

"Mmm mereka terlepas. Tapi untuk sementara waktu saja, Weir telah arahkan orang-orang suruhan untuk mencari mereka bertiga sehingga temui. Weir tidak akan melepaskan mereka, kakak."

"Mereka harus diajar diatas perbuatan mereka semua!." Balas Lila Arianna.

"Pasti!." Weir Thaddeus membalas kata-kata Lila Arianna itu. Setelah isterinya sedar, dia akan berangkat ke Warsaw untuk mencari Cik Juliet. Dia ingin menyelesaikan urusan diantara mereka berdua. Nampak gayanya wanita itu harus diajar dengan secukupnya agar tidak lagi mengganggu kehidupannya bersama Shea Marrietta.

"Bodoh! Kenapa boleh jadi macam ni?!." Jerit Cik Juliet sambil menyimpan segala pakaian dan juga barang-barang miliknya ke dalam lugage merah itu. Dia tidak boleh tinggal di kondominium ini lagi, kerana pasti Weir Thaddeus akan mencarinya dan hidupnya juga bakal berakhir di tangan lelaki itu.

"Tak guna Shea Marrietta! Disebabkan kau, hidup aku jadi teruk begini!." Dia melepaskan kemarahannya dengan mencampakkan pakaiannya ke dalam lugage merah itu. Dia sudah tiada masa lagi, Weir Thaddeus mungkin akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Dia akan pulang ke rumah peninggalan keluarganya untuk sementara waktu.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now