CHAPTER 5 | RASA INGIN MEMILIKI.

333 10 0
                                    

Dia diminta agar menunggu lelaki itu di sebuah bilik teater di Weir's Penthouse itu sebelum Weir Thaddeus menghantarnya pulang ke Villa Jayce. Hanya dia seorang diri yang berada didalam bilik tersebut. Sekejab dia berdiri, sekejab dia akan duduk pula. Akibat terlalu bosan menunggu didalam bilik itu, dia pun melangkah keluar dari bilik itu dan, kelihatannya Weir Thaddeus sedang berbincang sesuatu bersama beberapa orang lelaki di ruang tamu kediaman itu, mungkin perbincangan yang serius kerana riak wajah lelaki itu kelihatan agak tegang sedikit.

Ekor mata Weir Thaddeus melirik ke arah gadis itu.

Dia memandang ke setiap gambar lukisan yang tergantung di dinding. Lelaki ini mempunyai citarasa yang bagus, atau pun ada wanita yang memilih untuknya. Kemungkinan itu ada, bukan? Dia angguk kepala mengiyakan kesimpulan yang dibuat sendiri itu. Dan kakinya terhenti di hadapan sebuah bilik. Dengan perlahan-lahan, dia memulas tombol pintu itu. Nampaknya ini adalah bilik stor.

"Eh! Plastik itu?." Kakinya melangkah ke arah bungkusan plastik itu. Dia mengenali logo plastik itu dan apabila dia membukanya, dia tertawa. Kelengkapan melukis ini nampaknya masih tidak terusik. Benarkah lelaki ini suka melukis atau pun hanya sekadar bercakap sahaja?

"Ehem! Aku belum ada masa terluang untuk melukis, disebabkan itulah barang-barang ini semua masih belum terusik." Tiba-tiba suara lelaki itu menyapa gegendang telinganya. Dengan pantas, dia menoleh. Lelaki itu sedang berjalan menghampiri dirinya.

"Err maafkan saya, Tuan Weir. Saya tak sengaja masuk kedalam bilik ini." Weir Thaddeus tersenyum.

"Mmm tetapi aku rasa aku ada masa terluang sekarang ini, She."

"Hah? Apa maksud Tuan Weir?."

"Mari kita melukis bersama-sama." Entah mengapa dia menyukai ayat bersama-sama itu terutamanya jika lelaki ini yang menyebutnya.

Bersama-sama?
Dia bahagia.

Shea Marrietta hanya memerhatikan sahaja Ken dan Thor yang sedang menyusun segala kelengkapan melukis di balkoni kediaman itu. Setelah siap, Weir Thaddeus mengarahkan mereka semua agar meninggalkan mereka berdua.

"Err Tuan Weir, saya sebenarnya ketandusan idea." Beritahu Shea Marrietta. Entah mengapa beberapa hari ini, otaknya ketandusan idea untuk melukis.

Lelaki itu tertawa.

"Bagaimana kalau kau melukis wajah aku?." Shea Marrietta tersenyum mendengarkan permintaan lelaki itu.

"Mmm kalau saya melukis wajah Tuan Weir, bermaksud Tuan Weir perlu membeli lukisan itu. Bagaimana?." Seloroh Shea Marrietta nakal.

"Baik. Tiada masalah." Jawab Weir Thaddeus tersenyum.

Shea Marrietta tertawa.

"Saya cuba. Tuan Weir duduk dihadapan, ya." Jawab Shea Marrietta lalu mengambil pensel lukisan itu. Weir Thaddeus memerhatikan pergerakkan gadis itu. Entah mengapa, dia merasakan perasaan terlalu ingin memiliki gadis ini. Dia menginginkan gadis ini selalu berada disisinya dan menemaninya setiap saat didalam hidupnya.

Dengan penuh tekun, Shea Marrietta melukis wajah lelaki itu. Sesekali dia melihat gadis itu menggigit bibirnya sambil memandang ke arah kertas lukisan di hadapannya itu.

 Sesekali dia melihat gadis itu menggigit bibirnya sambil memandang ke arah kertas lukisan di hadapannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now