CHAPTER 58 | BUNGA UNTUK?

539 13 2
                                    

Doktor Miguel datang ke Nacho's Mansion dengan membawa jambangan bunga camellia merah. Weir Thaddeus dihimpit dengan rasa cemburu tatkala melihat doktor lelaki itu membawa bunga tersebut.

Shea Marrietta telan air lalu melirik ke arah suaminya, kelihatan riak wajah gembira itu berubah menjadi tegang.

Doktor Miguel tersenyum ke arah Shea Marrietta sambil ditenung oleh Weir Thaddeus.

"Puan Lila ada?."

"Ya, saya." Lila Arianna yang baru sahaja keluar daripada dapur itu menjawab pertanyaan Doktor Miguel itu.

" Lila Arianna yang baru sahaja keluar daripada dapur itu menjawab pertanyaan Doktor Miguel itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Doktor Miguel tersenyum ke arah Lila Arianna.

"Jambangan bunga camellia merah ini untuk Puan Lila." Beritahu Doktor Miguel sambil tersenyum manis.

Lila Arianna terkedu, dengan perlahan-lahan Doktor Miguel melangkah menuju ke arah Lila Arianna, lalu menghulurkan jambangan bunga camellia merah itu.

Dengan teragak-agak Lila Arianna menerimanya.

"Bunga ini bukan untuk Shea?." Soal Lila Arianna dengan wajah polos.

Doktor Miguel geleng kepala.

"Tak, bunga ini khas untuk awak.. Bukan untuk Puan Weir.. Jika saya berikan kepada Puan Weir, pasti perang dunia ketiga akan meletus." Seloroh Doktor Miguel sambil melirik ke arah Weir Thaddeus.

Weir Thaddeus melepaskan keluhan nafas lega tatkala mendengar kata-kata doktor lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Weir Thaddeus melepaskan keluhan nafas lega tatkala mendengar kata-kata doktor lelaki itu. Manakala Tuan Nacho dan Shea Marrietta pula tersenyum bahagia. Kini kebahagiaan kakaknya pula yang menjelma dan dia tidak menyangka, kebahagiaan itu adalah Doktor Miguel. Dia amat menyetujui hubungan diantara mereka berdua.

"Saya ke mari untuk melamar Lila Arianna untuk menjadi peneman hidup saya." Ujar Doktor Miguel berterus terang.

"Ehem..! Hah?! A..apa?!." Lila Arianna terbatuk tatkala mendengarkan kata-kata lelaki itu.

"Shea setuju!." Jawab Shea Marrietta dengan gembira.

"Erk.. Shea.." Lila Arianna kehilangan kata-kata.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now