CHAPTER 6 | PERKAHWINAN LILA ARIANNA.

427 14 0
                                    

Perkahwinan diantara Lila Arianna dan Rupert Charles yang diadakan di Villa Jayce dilangsungkan dengan begitu meriah. Ramai saudara dan teman-teman mereka yang hadir ke majlis tersebut untuk meraikan pengantin baru. Termasuklah, Weir Thaddeus.

Dari kejauhan, matanya sudah terpandangkan sosok tubuh gadis manis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari kejauhan, matanya sudah terpandangkan sosok tubuh gadis manis itu. Matanya tak berkelip dari memandang wajah Shea Marrietta yang anggun mengenakan persalinan putih dan merah jambu itu. Gadis itu kelihatan sungguh gembira melayani tetamu-tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anak sulung Tuan Jayce.

Dari kejauhan, Tuan Jayce mengangkat tangannya ke arah Weir Thaddeus dan menghampiri lelaki itu dengan senyuman lebar.

"Tuan Weir!." Sapa Tuan Jayce dengan gembira.

"Tuan Jayce." Balas Weir Thaddeus.

Mereka berdua berjabat tangan.

"Terima kasih kerana sudi datang ke majlis ini, Tuan Weir. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan Tuan Weir ke sini." Ujar Tuan Jayce dengan gembira.

"Sama-sama, Tuan Jayce. Saya telah dijemput, sudah pasti saya akan cuba untuk datang." Dia pasti akan datang, hanya demi gadis itu.

Sementara itu, Lila Arianna dan Rupert Charles menghampiri Tuan Jayce dan Weir Thaddeus dengan senyuman gembira.

"Tuan Weir, terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami." Ucap Lila Arianna dengan gembira, menyambut lelaki yang telah banyak membantu keluarganya. Dan juga, yang telah banyak bertoleransi dengan keluarganya, biarpun kadang-kadang dia merasa pelik dengan kebaikkan yang dilakukan oleh lelaki ini terhadap keluarganya. Bagaikan ada sesuatu disebaliknya.

"Sama-sama, Puan Rupert. Dan, tahniah diatas perkahwinan kamu berdua. Oh! Ini hadiah perkahwinan yang sempat saya belikan." Weir Thaddeus menghulurkan sebuah kotak besar yang berbalut kemas itu.

"Terima kasih, Tuan Weir." Weir Thaddeus angguk kepala sambil tersenyum. Matanya melirik ke arah Shea Marrietta namun gadis itu telah pun tiada. Matanya melilau-lilau mencari disekeliling laman itu namun tidak juga kelihatan.

"Saya minta diri untuk ke tandas sebentar."

"Baik.. Baik.. Tandas ke arah itu." Beritahu Tuan Jayce.

Weir Thaddeus angguk kepala lalu beredar meninggalkan mereka bertiga. Dia memasuki ke dalam Villa Jayce untuk mencari Shea Marrietta yang tiba-tiba sahaja menghilang dari pandangan matanya.

"ARHHH!." Sergah seorang kanak-kanak perempuan yang tiba-tiba sahaja muncul dihadapannya, membuatkan Weir Thaddeus sedikit terkejut.

"ERRHH!." Weir Thaddeus mengurut dadanya sambil memandang ke arah kanak-kanak perempuan itu. Wajahnya kelihatan polos dan comel. Weir Thaddeus tersenyum.

Kanak-kanak perempuan itu tersenyum nakal. Senyuman itu persis senyuman Shea Marrietta.

"Maaf, Pak Cik.. Ellie fikirkan, Pak Cik adalah kakak Ellie tadi... Oh, hai, Pak Cik, nama saya Ellie Violet Jayce. Err Pak Cik sedang mencari sesuatu ke?." Soal Ellie Violet yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan Weir Thaddeus. Oh, inilah adik kepada gadis itu, patutlah wajah dan senyuman mereka berdua tampak seiras.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now