Tuan Nacho tersenyum sambil memandang ke arah laman di luar Nacho's Mansion itu. Rasanya dia telah menjumpai orang yang tepat untuk menjaga Shea Marrietta. Dan, dia yakin Shea Marrietta juga mampu untuk meredakan kemarahan dan sifat panas baran yang ada didalam jiwa anak saudaranya itu. Abangnya, Tuan Thaddeus juga telah meninggal dan dia adalah satu-satunya penjaga kepada Weir Thaddeus itu, jadi tidak salah sekiranya dia ingin menjodohkan mereka berdua sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya.
"5 tahun yang lalu, Pak Cik telah melanggar Marrietta. Ketika itu, ayahnya baru sahaja meninggal. Yang tinggal, cuma dia dan Ellie sahaja. Tempat tinggalnya juga dirampas dan mereka tiada tempat tinggal. Jadi, Pak Cik mengajak mereka berdua tinggal di sini."
"Pak Cik sayangkan mereka berdua persis anak kandung. Mereka berdua..lah yang menjaga Pak Cik bersama dengan keletah Ellie yang sangat menghiburkan."
"Ellie selalu menyebut nama seorang lelaki yang dipanggil Pak Cik dan dia selalu akan berkata, dia sayangkan Pak Cik itu tetapi Pak Cik itu telah meninggalkan dia dan Kak Shea." Weir Thaddeus tunduk wajahnya.
"Ellie, maafkan Pak Cik." Matanya kemerahan menahan sedih.
"Thor."
"Ya, Tuan."
"Pergi ke Ellie's Art Gallery."
"Baik, Tuan Weir."
Shea Marrietta memandang gambar Rupert Charles bersama dengan seorang wanita didalam sebuah majalah. Yang pasti itu bukanlah Lila Arianna. Suami kakaknya itu mempunyai skandal dengan seorang wanita lain.
"Kakak, kemana kakak pergi?."
"Shea! Ellie! Tolong jangan datang jumpa kakak lagi! Atau cuba hubungi kakak lagi! Kakak tak mahu berjumpa kamu berdua lagi! Tolong! Kakak tak mahu apa-apa berlaku kepada Shea atau Ellie! Cukup, kakak kehilangan ayah. Kakak tak mahu kehilangan Shea dan Ellie juga!." Kata-kata kakaknya itu terngiang-ngiang ditelinganya.
Itulah kali terakhir dia bertemu dan melihat wajah Lila Arianna.
"Kak Shea!." Ellie Violet melambai-lambaikan tangannya sejurus melihat kedatangannya ke sekolah. Dan, secara tiba-tiba sebuah van datang dan merempuh tubuh kecil Ellie Violet dengan sangat kuat sehingga menyebabkan tubuh itu tercampak ke atas jalan.
GANG!
"Ellie!!." Dia meluru ke arah tubuh adiknya itu. Tangannya berlumuran dengan darah pekat.
"Ellie!." Adik bongsunya itu diam, tidak bergerak.
Kepala adik bongsunya terhentak dengan sangat kuat di jalanraya itu, tubuhnya berlumuran dengan darah pekat yang mengalir keluar dari tubuh kecil itu.
"Ellie!."
"Ellie!." Suaranya memanggil adiknya saat itu masih terngiang-ngiang ditelinganya, namun adiknya itu tidak juga bangun sehinggalah ke hari ini. Dia sangat merindukan suara dan keletah nakal adik bongsunya itu.
Air matanya tumpah. Kejadian itu tidak pernah lupus dari ingatannya, bahkan setelah lelaki itu muncul, ianya semakin kerap muncul di matanya bagaikan sebuah rakaman yang diulang tayang.
Tok! Tok! Tok!
Dia dikejutkan dengan bunyi ketukan dipintu bilik pejabatnya itu.
"Masuk!." Dia menyeka air matanya lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi semula. Muncul wajah lelaki itu di balik pintu.
Mereka berbalas pandangan.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...