Orang-orang suruhan Tuan Nacho sudah bersedia di setiap penjuru Pelabuhan Warsaw itu diikuti dengan beberapa orang anggota polis termasuklah Det. Kelvin. Manakala Thor dan Ken pula sentiasa bersedia untuk menjaga dan melindungi Shea Marrietta.
Shea Marrietta berdiri sambil menunggu ketibaan Martin Jones di Pelabuhan Warsaw itu. Lelaki itu juga licik orangnya, pasti dia juga telah menyusun strategi untuk melepaskan dirinya pada malam ini. Dia tidak akan membiarkan lelaki itu melepaskan dirinya kali ini.
Sementara itu, Weir Thaddeus merasa tidak sedap hati. Entah mengapa dia merasakan perasaan itu. Dia bangun dan mundar mandir didalam sel lokap itu.
"She..." Dia rindukan isterinya itu.
Sebuah mustang bewarna hitam tiba di hadapan Shea Marrietta. Lelaki itu telah tiba, dia harus memberanikan dirinya dan tidak menunjukkan riak wajah yang ketakutan. Tidak lama kemudian, Martin Jones melangkah keluar dari kereta itu sambil tersenyum.
"Hello, Puan Weir!." Martin Jones menyapa dengan riak wajah yang gembira.
Shea Marrietta hanya mendiamkan diri. Lelaki itu bukanlah Martin Jones yang dikenalinya semasa di zaman kolej, lelaki itu telah berubah dengan sangat mendadak sehingga dia merasa seperti tidak mengenalinya lagi.
"Aku tak menyangka kau telah berubah menjadi seorang wanita yang berani, Marrietta.. Oh, aku terlupa, suami kau adalah seorang mafia, bukan? Mestilah kau harus menjadi seorang wanita yang pemberani. Barulah setaraf dengan Weir Thaddeus, bukan?." Sindir lelaki itu sinis.
"Kau juga telah banyak berubah, Martin. Kau bukanlah Martin Jones yang aku kenali di kolej. Kau juga telah jauh berubah."
Lelaki itu ketawa.
"Aku berubah kerana sakit hati, Marrietta! Kerana kau! Kerana mama aku! Dan juga kerana keluarga Xavier!." Jerit lelaki itu.
Shea Marrietta menatap wajah tegang lelaki itu.
"Aku tak ingin berlama-lama disini. Kau mencari pistol ini, bukan?." Soal Shea Marrietta sambil mengangkat pistol tersebut.
Martin Jones ketawa.
"Aku tak menyangka Rupert sempat mengirimkan pistol itu kepada kau. Tapi sayang, nyawanya tak panjang."
"Kenapa kau bunuh mereka berdua?!."
"HAHAHAHA! Terlalu banyak Juliet dan Rupert menyimpan rahsia aku. Tentang penculikan kau dan juga beberapa rancangan aku yang lain, yang melibatkan Tuan Xavier dan anak perempuannya. Rancangan aku untuk membunuh mereka berdua dan merampas semua harta mereka! Ya, aku mengaku aku yang telah membunuh Rupert dan mengupah Rupert untuk membunuh Juliet! Dan aku juga akan membunuh kau juga, Marrietta! Kerana kau juga telah mengetahui kebenarannya. Setelah itu, aku akan hidup dengan gembira bersama harta Tuan Xavier!."
Shea Marrietta ketawa sinis.
"Aku tidak akan membenarkannya, Martin. Cukuplah! Cukuplah dengan Rupert dan Juliet yang telah menjadi mangsa kau. Berhentilah, Martin."
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...