Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...
Kelihatan Ellie Violet sangat seronok bermain iceskating bersama-sama dengan Weir Thaddeus. Shea Marrietta hanya duduk menunggu di tepi sahaja sambil memerhatikan mereka berdua. Manakala, Ken dan Thor juga sedang memerhatikan mereka dari kejauhan.
Ellie Violet dan Weir Thaddeus menghampirinya dengan senyuman gembira.
"Kak Shea, seronoknya! Dah lama kita tak bermain ice skating bertiga, kan." Shea Marrietta tersenyum.
"Nanti kita ajak Kak Lila datang ke sini, ya."
"Baik!." Ellie Violet meluncur sendiri tanpa ditemani Weir Thaddeus.
Lelaki itu menatapnya. Dia merindui gadis itu.
"Ellie memang rapat dengan Lila?."
Shea Marrietta angguk kepala.
"Ibu kami meninggal selepas melahirkan Ellie. Dan, Kak Lila yang mengambil alih tanggungjawab sebagai ibu kepada kami berdua, disamping dibantu juga oleh pembantu rumah."
"Kami bertiga terlalu rapat. Apabila Kak Lila menghilang seperti ni, kami terlalu merasai kehilangan dia, terutamanya Ellie. Setiap saat dia akan mengadu merindukan Kak Lila." Luah Shea Marrietta dengan nada sayu. Weir Thaddeus menghampiri gadis itu lalu memeluknya erat.
"Kita akan mencari jalan untuk berhubung dengan Lila. Saya berjanji, She." Shea Marrietta angguk kepala sambil tersenyum. Weir Thaddeus mengusap lembut pipi gadis itu lalu tersenyum.
Setelah puas bermain ice skating, mereka bertiga singgah makan di sebuah restaurant yang berdekatan dengan tempat itu.
"Mmm Bila Pak Cik nak berkahwin dengan Kak Shea?."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hampir tersembur air yang diminum Shea Marrietta saat itu.
"Ellie!." Shea Marrietta memandang ke arah Ellie Violet.
"Ellie nak Pak Cik Weir je yang berkahwin dengan Kak Shea." Ujar Ellie Violet dengan wajah polosnya. Weir Thaddeus tertawa mendengarnya, manakala Shea Marrietta menahan rasa malu.
"Pak Cik janji dengan Ellie, Pak Cik kahwin dengan Kak Shea tau." Weir Thaddeus menoleh ke arah Shea Marrietta yang terdiam kaku itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.