Shea Marrietta berdiri di laman kediaman itu sambil menunggu kepulangan suaminya namun BMW M4 hitam milik Weir Thaddeus masih juga tidak kelihatan.
"Mmm. Mungkin dia pergi bertemu dengan mmm..Tak! Tak, Shea. Jangan fikir yang bukan-bukan.."
"Mungkin dia banyak pekerjaan di perusahaannya."
Didalam masa yang sama, Cik Juliet sebenarnya sedang mempunyai hubungan dengan Tuan Mark, iaitu musuh kepada Tuan Thaddeus. Akibat sering diabaikan oleh Weir Thaddeus, pada akhirnya dia bersetuju untuk menjalin hubungan dengan Tuan Mark.
Setelah pulang dari kondominium yang menempatkan Lila Arianna, dia melawat pula tapak yang akan dibina sebuah pusat beli belah di selatan Warsaw. Dia ingin mencuci tangan daripada dunia mafia kerana dia tahu isterinya tidak menyukai dunia kegelapan itu. Demi isterinya, dia sanggup untuk mengubah hala tuju hidupnya asalkan Shea Marrietta sentiasa berada disisinya.
Semasa didalam perjalanan pulang ke Weir's Penthouse, dia melihat ada kedai bunga di tepi jalan. Dia memberhentikan kereta dan melangkah keluar dari BMW M4 hitam itu untuk membeli bunga buat isterinya yang sedang menunggu. Namun menghampakan apabila mereka kehabisan bekalan bunga ros putih dan dia terpaksa membeli bunga yang lain.
"Semoga sahaja love menyukai bunga ini." Dia senyum.
BMW M4 hitam itu bergerak laju menuju jalan pulang ke Weir's Penthouse.
Lauk yang terhidang diatas meja makan itu hanya dipandang sepi sahaja.
"Mmm.. Kat, tolong kemaskan makanan ini semua, ya." Arah Shea Marrietta.
"Baik, Puan Weir."
Shea Marrietta terus melangkah menaiki anak tangga untuk pergi ke biliknya.
Tidak lama kemudian, BMW M4 hitam berhenti di belakang Bentley milik isterinya. Weir Thaddeus melangkah turun dari kereta itu dan terus sahaja memasuki ke dalam Weir's Penthouse untuk mencari isterinya.
"Selamat pulang, Tuan Weir."
"Dimana Puan Weir?."
"Puan baru saja naik ke bilik.. Nampaknya Puan merajuk, Tuan Weir." Beritahu Kat membuatkan Weir Thaddeus tersenyum.
Isterinya merajuk dengannya?
"Mmm.. Puan masak?."
"Iya, Tuan. Lama Puan menunggu Tuan pulang."
"Baiklah." Dia meluru menaiki anak tangga itu.
Shea Marrietta merenung sambil melihat keindahan langit Warsaw diwaktu malam. Hatinya diselubungi rasa rindu kepada Lila Arianna. Adakah kakaknya itu berada didalam keadaan yang baik?
Dan, adakah suaminya sedang pergi menemui seseorang?
"Mmm." Dia memeluk tubuhnya kerana kesejukan.
Tanpa dia sedar, Weir Thaddeus sedang melangkah ke arahnya dengan perlahan-lahan sambil membawa bunga yang dibelinya, lalu tubuh isterinya dirangkul daripada belakang.
"ARGH!." Jerit Shea Marrietta, terkejut.
"Hai, love." Bisik suaminya dengan nada romantis.
"Mmm." Weir Thaddeus senyum lalu menghulurkan bunga yang dipegangnya ke hadapan isterinya.
Ada senyum dihujung bibir Shea Marrietta tatkala melihat bunga itu.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...