CHAPTER 43 | SINAR KEBAHAGIAAN MULA BERSINAR.

238 9 0
                                    

Cik Juliet sedang memandang wajah bengis lelaki itu. Persis seekor singa sedang kelaparan lagaknya. Dia telan air liur.

"Weir..." Dia ingin meraih pergelangan tangan lelaki itu lagi namun kali ini ditepis kasar. Weir Thaddeus menolaknya sehingga jatuh ke lantai.

"Aku dah beri amaran kepada kau, jangan ganggu isteri aku lagi! Kenapa kau tak faham, hah?!!." Jerkah Weir Thaddeus dengan lantang.

"Saya minta maaf, Weir. Saya janji saya tidak akan melakukan lagi perbuatan itu." Rayu Cik Juliet sambil memegang kedua-dua belah kaki Weir Thaddeus.

"Ah! Dah terlambat! Disebabkan kau, aku kehilangan anak aku! Anak aku!." Cik Juliet mendongak mencari wajah itu.

"Bukankah awak tak bersedia untuk mempunyai anak, Weir?."

Lelaki itu ketawa sinis.

"Aku cuma menginginkan anak bersama dengan isteri aku saja iaitu Shea Marrietta Weir! Dan kau telah menyebabkan impian aku itu musnah!."

Cik Juliet menangis. Tubuhnya diheret sehingga ke sofa.

"Arrghhh! Weir! Sa...kit!." Cik Juliet menjerit kesakitan namun tidak diendahkan oleh lelaki itu. Weir Thaddeus bagaikan hilang kewarasannya saat itu.

Tubuh wanita itu dihempaskan ke atas sofa.

"Aduh!." Cik Juliet memegang perutnya yang kesakitan.

Weir Thaddeus mencerlung tajam wanita itu, bagaikan tiada belas kasihan buat wanita itu saat ini. Dengan perlahan-lahan, dia mengeluarkan sepucuk pistol dari celahan seluarnya dan menghalakannya ke arah wanita itu.

"Ti...dak! Weir... To...long.." Rayu Cik Juliet, namun wajah lelaki itu mendatar sahaja.

"Kau dah bunuh anak aku, Juliet!."

Cik Juliet cuba untuk melarikan dirinya namun dihalang oleh Weir Thaddeus.

"To...long, Weir! Janga...n bunuh aku." Dia mencengkam leher wanita itu dengan kuat.

"W....we...ir... Ar...rh... We...ir!." Cik Juliet menjerit sambil tangannya meronta-ronta cuba menolak cengkaman tangan lelaki itu. Wajahnya berubah kemerahan.

"We...ir!."

"Saya tak sukakan kekerasan, Weir.... Saya bahagia, Weir. Saya bahagia dengan Weir Thaddeus versi yang berada dihadapan saya ini. Romantis dan lembut." Terngiang-ngiang ditelinganya kata-kata isterinya itu, kemudiannya dengan perlahan-lahan dia melepaskan cengkaman tangannya. Dan, pistol itu pula dihulurkan kepada Thor.

Cik Juliet memegang lehernya yang kesakitan itu.

"Aku tidak akan sesekali mengotorkan tangan aku dengan darah kau, Juliet... Aku akan membiarkan saja Puan Delis yang menghabisi seluruh hidup kau!." Dia melangkah keluar dari kondominium itu dengan sepantas yang mungkin. Dia ingin menemui isterinya.

"Tidak! Weir!." Jerit wanita itu namun tidak diendahkan oleh Weir Thaddeus.

" Jerit wanita itu namun tidak diendahkan oleh Weir Thaddeus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now