Tuan Weir menjemput Shea Marrietta dengan memandu sendiri Audi R8 ke kolej tempat Shea Marrietta belajar, untuk berjanji temu, manakala Ken dan Thor setia mengikuti di belakangnya dengan memandu Rolls Royce Phantom hitam. Bos mereka benar-benar telah jatuh cinta terhadap gadis kolej ini.
Senyuman gembira terukir di wajah Weir Thaddeus dan Shea Marrietta. Dengan perlahan-lahan, Weir Thaddeus mencapai lalu menggenggam erat jari-jemari Shea Marrietta. Mereka berbalas senyuman.
Weir Thaddeus membawa Shea Marrietta ke sebuah restaurant kegemarannya di Bandar Warsaw.
"Ini adalah salah satu restaurant kegemaran saya. Saya selalu datang ke sini jika saya sedang gembira dan sedih. Makanan disini akan menggembirakan hati saya."
"Mmm jadi awak sedang bersedih?." Shea Marrietta menyoal.
Weir Thaddeus tertawa.
"Saya sangat gembira pada hari ini... Mmm mungkin kerana awak ada bersama-sama dengan saya." Jawapan itu kedengaran sangat ikhlas.
"Tuan Weir! Selamat datang!." Tegur seorang lelaki tua. Mereka berdua tersenyum.
"Wah! Hari ini Tuan Weir datang dengan membawa seorang gadis yang sangat cantik! Ini siapa, Tuan Weir? Kekasih atau isteri?." Soal lelaki itu dengan gembira.
Shea Marrietta tersenyum malu terutamanya tatkala ditenung oleh lelaki dihadapannya itu.
"Teman istimewa.. Mmm bawakan menu yang biasa, ya." Ujar Weir Thaddeus sambil memandang lelaki tua itu.
"Baik, Tuan Weir... Semoga Tuan Weir cepat-cepat berkahwin dengan Cik yang cantik ini." Weir Thaddeus senyum sambil memandang wajah Shea Marrietta. Lelaki tua itu kemudiannya beredar meninggalkan mereka berdua, manakala Ken dan Thor pula berada di meja dibelakang meja mereka.
"Itu Arnold.. Pemilik restaurant ini." Beritahu Weir Thaddeus tanpa diminta.
"Ramah." Shea Marrietta tertawa. Rupa-rupanya disebalik perwatakan bengis lelaki dihadapannya ini, masih terselit sifatnya yang peramah dengan orang disekelilingnya.
"Ya. Dia sangat ramah. Itulah sebabnya saya cakap, saya akan gembira jika datang ke sini.... Terutamanya jika awak juga ada bersama saya." Sambung Weir Thaddeus lagi.
Mereka berbalas senyuman.
Tidak lama kemudian, Arnold membawa dulang berisi makanan yang selalu dipesan oleh Weir Thaddeus tatkala berkunjung ke restaurant itu.
"Ini makanan yang biasa Tuan Weir pesan. Silakan, Tuan Weir dan Cik yang cantik." Shea Marrietta tertawa gembira mendengarkan kata-kata Arnold itu.
"Terima kasih." Ujar Shea Marrietta.
"Tuan Weir nampak sangat sepadan dengan Cik ini. Tuan jangan lambat-lambat kahwin, jika tidak Tuan akan melepas nanti. Rugi!." Pesan Arnold sepertinya berseloroh. Terasa seperti ada yang melekat di kerongkongnya, Shea Marrietta tersedak.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...