"Dah banyak kali Mama pesan, jangan terlalu rapat dengan anak Tuan Jayce! Mereka banyak berhutang dengan Tuan Thaddeus, tengok apa yang sudah terjadi?!." Marah Puan Penelope. Dia sangat tidak menyukai jika anak lelakinya ini rapat dengan anak gadis kepada Tuan Jayce itu.
"Mama, ini bukan salah Marrietta. Ini salah mafia itu!." Dia genggam penumbuknya apabila terbayangkan kejadian tadi.
"Cukup! Mama tidak mahu mendengar apa-apa lagi! Selepas ini, mama mahu kamu menjauhkan diri daripada mereka. Faham?!." Martin Jones memandang Puan Penelope yang meninggalkannya didalam keadaan marah itu.
Shea Marrietta masih mendiamkan dirinya, tidak seperti selalunya. Weir Thaddeus mendekati gadis yang sedang memandang ke arah tasik itu.
"She." Panggilnya lembut. Namun gadis itu hanya diam sahaja.
"Tolong jangan berdiam diri seperti ini, She." Pujuk Weir Thaddeus.
"Mmm... Saya tak sukakan kekerasan, Tuan Weir." Jawab Shea Marrietta dengan jujur.
"Saya tahu. Dan saya faham, She. Mmm." Dia memeluk bahu gadis itu. Dia tahu gadis ini sedang ketakutan.
Tiba-tiba, Ken menghampiri mereka berdua.
"Tuan Weir, ada seseorang yang menceroboh masuk kedalam kediaman Tuan. Katanya orang upahan Tuan Mark!." Bisik Ken. Tuan Mark adalah musuh kepada ayahnya.
Namun, Shea Marrietta masih dapat mendengar bisikan itu dengan jelas menoleh ke arah lelaki itu, dan Weir Thaddeus tersenyum.
"Sebentar lagi saya akan datang kembali. Saya ingin menyelesaikan urusan dibawah terlebih dahulu, ya." Shea Marrietta angguk kepala, lalu Weir Thaddeus mengucup lembut dahi gadis itu. Mereka berbalas pandangan seketika sebelum lelaki itu mengikuti Ken ke tingkat bawah.
"Mmm." Shea Marrietta melepaskan keluhan nafas berat sambil memandang ke arah tasik dihadapannya. Pemandangan di hadapannya itu sangat indah dan mendamaikan.
Dengan tiba-tiba, Shea Marrietta terdengar seperti ada bunyi jeritan dari tingkat bawah. Kemudiannya, dia melangkah ke arah bunyi itu. Dengan sangat berhati-hati, dia melangkah turun anak tangga penthouse itu. Suara lelaki sedang menjerit kesakitan semakin jelas kedengaran.
"Ampunkan aku, Tuan Weir!."
"Berani kau menceroboh masuk kedalam rumah aku?!." Kedengaran suara Weir Thaddeus yang lantang pula. Sebuah tumbukan kuat singgah ke perut lelaki penceroboh itu menyebabkan lelaki penceroboh itu terbaring lemah di lantai.
"Aku janji aku tidak akan menceroboh lagi! Ampunkan aku!." Rayu lelaki penceroboh itu dengan bersungguh-sungguh, namun tidak diendahkan oleh Weir Thaddeus.
Terdengar pula bunyi picu ditarik.
BANG! BANG! BANG!
"ARGHHHHHHHHH!." Shea Marrietta menjerit ketakutan di balik dinding anak tangga itu. Dia melihat dengan jelas lelaki itu telah menembak lelaki penceroboh itu sehingga tidak bergerak. Jeritan itu menyebabkan Weir Thaddeus menoleh ke arah gadis yang sedang ketakutan itu.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
Любовные романыKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...