Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...
Suaminya masih lena sambil memeluknya, menyebabkan dia merasa termalu sendiri tatkala melihat keadaan mereka berdua disaat itu.
Berpelukan.
Tangan kasar yang melingkari pinggangnya ditolak dengan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan suaminya itu. Setelah itu, dia bingkas bangun. Dia sempat menoleh seketika ke arah suaminya yang masih terlena itu sebelum berlalu pergi ke bilik mandi. Weir Thaddeus membuka matanya dengan perlahan-lahan, masih terasa hangatnya tubuh isterinya itu.
Dia terlalu sayangkan isterinya itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Aku terluka apabila melihat kau tersenyum lebar di saat bersama dengan lelaki lain. Tolong.. Aku tak suka lelaki lain menyentuh apa yang telah menjadi milik aku. Kau milik aku, She. Kau isteri aku." Kata-kata suaminya itu masih kedengaran di telinganya.
Tingkah suaminya juga kadang-kadang membuatnya pelik dan kebingungan. Kadang-kadang suaminya itu seperti marah kepadanya, dan tiba-tiba sahaja suaminya romantis dengannya.
Bingung dibuatnya.
Sebelum pulang ke Weir's Penthouse, Shea Marrietta singgah ke Nacho's Mansion terlebih dahulu kerana merindukan ayah angkatnya itu. Kepulangannya disambut dengan wajah gembira Tuan Nacho. Mereka berpelukan untuk saling melepaskan rindu.
"Marrietta rindukan papa."
"Papa juga rindukan Marrietta." Mereka berdua berbalas senyuman.
"Weir tak datang?."
"Tak. Weir masih di pejabatnya." Mereka berdua masuk kedalam ruang tamu kediaman itu.
Tuan Nacho melihat wajah sugul anak angkatnya itu.
"Kenapa, Marrietta? Bertengkar dengan Weir?."
"Oh. Tak, papa."
"Kenapa ni, Marrietta? Papa lihat wajah kamu tidak seceria selalunya."
Wajahnya sudah tidak ceria sejak lelaki yang telah menjadi suaminya itu muncul kembali didalam hidupnya.
"Mmm. Marrietta bingung. Kadang-kadang, Weir kasar terhadap Marrietta. Dan, kadang-kadang dia berlembut." Tuan Nacho tertawa mendengarnya. Mood anak saudaranya itu memang sukar untuk dijangka, terutamanya sejak ibunya meninggal. Apabila dia sedang dilanda kemarahan, tiada sesiapa yang mampu untuk menenangkan hati anak saudaranya itu. Dimatanya, Weir Thaddeus boleh berlembut hati dengan Shea Marrietta, disebabkan itulah dia yakin hanya Shea Marrietta sahaja yang boleh mengubah sisi gelap lelaki itu.
"Sejak kematian ibunya, begitulah keadaan Weir. Mudah dilanda kemarahan terutamanya jika ada orang yang merampas atau cuba memiliki apa yang menjadi kepunyaannya.. Dan, tiada sesiapa lagi yang mampu menenangkan hatinya sehinggalah dia bertemu dengan Marrietta."
"Papa dapat lihat sisi baik dan kanak-kanak Weir saat dia bersama dengan kamu, Marrietta..." Tuan Nacho memandang ke wajahnya dengan penuh pengharapan.
"Tapi dia kasar dan sukakan kekerasan, papa." Adu Shea Marrietta.