Tidak pernah dia merasakan ingin cepat sampai ke Weir's seperti yang dirasakannya saat ini. Bagaikan ditampar barulah dia tersedar yang suaminya itu sentiasa ada bersama dengannya, semenjak 5 tahun yang lalu. Namun, dek kerana dihimpit rasa ketakutan dengan status suaminya yang seorang mafia dan juga mempercayai kata-kata orang terutamanya Cik Juliet itu membuatkan dia tidak nampak segala kebaikan yang telah dilakukan oleh suaminya itu.
Akhirnya, dia tiba juga di Weir's. Bentley itu di parkir di belakang BMW hitam milik suaminya. Dengan rasa yang berdebar-debar, dia melangkah keluar dari keretanya dan ingin memasuki kedalam kediaman itu sebelum matanya terpandangkan sosok tubuh suaminya yang sedang berada di laman kediaman itu.
Mereka saling berpandangan seketika sebelum suaminya menjeling dan terus melarikan pandangan ke arah lain. Pandangan itu juga tampaknya masih tajam menusuk hatinya.
Nampaknya kemarahan suaminya masih belum reda lagi.
"Awak kena kuat, Shea!."
Shea Marrietta telan air liur tatkala melihat jelingan tajam itu.
Dia tidak dapat melupakan perkataan cerai yang diungkapkan oleh isterinya itu, setelah apa yang telah dikorbankan, ini yang dibalas kepadanya. Isterinya itu langsung tidak nampak pengorbanan dan kebaikkannya selama ini. Dia kecil hati dengan isterinya itu.
Shea Marrietta meletakkan handbag ke atas katil.
"Fuh! Mmm." Dia memikirkan cara untuk memujuk suaminya itu. Pintu sliding itu dibuka, kelihatan suaminya masih berada di tengah-tengah laman itu, sedang berbincang sesuatu bersama-sama Thor dan Ken. Dia memerhatikan mereka bertiga.
"Tuan Weir, Puan sedang memerhatikan Tuan." Beritahu Thor menyebabkan Weir Thaddeus menoleh ke arah balkoni di biliknya. Isterinya sedang memandangnya dengan pandangan yang redup, kemudian dia berpaling semula ke arah Thor dan Ken.
"Mmm.. biarkan." Jawab Weir Thaddeus lalu beredar meninggalkan mereka berdua.
"Agak-agaknya, Puan Weir dah pergi bertemu dengan Puan Lila ke belum?." Ken menyoal.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...