CHAPTER 28 | DITUDUH.

501 14 0
                                        

Dia menatap wajah suaminya yang masih lena. Wajah itu kelihatan masih sama persis 5 tahun yang lalu, cuma mungkin nampak lebih berusia sekarang ini.

Dia tertawa.

Ketika pertemuan pertama mereka, lelaki itu berusia 27 tahun manakala dia pula masih 18 tahun. Dan, kini usianya sudah mencecah 23 tahun dan lelaki itu sudah berusia 32 tahun. Banyak perubahan yang telah terjadi didalam hidup mereka. Dan kini, mereka dipertemukan kembali sebagai suami isteri.

"Ellie, nampaknya impian Ellie telah terlaksana... Pak Cik telah menunaikan janjinya untuk berkahwin dengan Kak Shea. Ellie bahagia?." Detik hatinya.

Seusai membersihkan dirinya, Shea Marrietta melangkah turun ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seusai membersihkan dirinya, Shea Marrietta melangkah turun ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat lelaki itu.

"Papa yakin, hanya kamu yang boleh melembutkan hati Weir." Terngiang-ngiang ditelinganya kata-kata Tuan Nacho itu.

Siap jua akhirnya sarapan pagi untuk suaminya. Omelette dan chicken grilled serta sedikit salads. Shea Marrietta menghidangkan sarapan itu ke atas meja makan. Dia perlu bergegas pergi ke galeri, ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Ketika dia sedang melangkah keluar dari ruang makan itu, Weir Thaddeus tiba-tiba sahaja muncul dihadapannya menyebabkan tubuhnya terlanggar suaminya itu.

Suaminya senyum nakal.

"Mmm.. ingin kemana?." Soal Weir Thaddeus sedikit berbisik.

"Err ke galeri."

"Mmm. Saya tak izinkan awak pergi ke galeri hari ini. Saya ingin awak berehat di rumah saja dan tunggu sehingga saya pulang." Dia teringatkan keadaan isterinya semasa didalam jacuzzi malam tadi, kepenatan sehingga tertidur. Tidur yang amat lena sehinggakan isterinya itu tidak sedarkan diri walaupun dia memandikan, mengangkat tubuh itu ke katil dan memakaikan pakaian isterinya.

"Tapi.." Weir Thaddeus meletakkan jari telunjuknya ke bibir isterinya.

"Saya tak suka orang melanggar arahan saya, She. Termasuklah awak." Dia senyum lalu mengucup lembut dahi isterinya.

"Temankan saya bersarapan."

"Hah? Tuan Weir, saya dah terlambat. Ada urusan yang perlu diuruskan di galeri." Bersungguh-sungguh Shea Marrietta menyakinkan suaminya itu.

"Hah? Apa? Tuan Weir?." Dia menghampiri isterinya sehingga Shea Marrietta terpaksa berundur ke belakang dan terlanggar dinding. Weir Thaddeus senyum nakal apabila melihat wajah isterinya yang cuak itu.

"Err Weir...!." Agak janggal apabila perlu memanggil suaminya dengan nama itu.

Suaminya senyum.

"Saya nak awak berehat di rumah saja hari ini. Awak dah terlalu kepenatan, She."

"Tapi..."

"Awak nak papa marah terhadap saya?." Dia menjerat isterinya dengan menggunakan nama Tuan Nacho.

SWEET POISON | COMPLETEStories to obsess over. Discover now