Martin Jones menggengam penumbuknya dengan rasa marah setelah mengetahui tentang hubungan diantara Weir Thaddeus dan Shea Marrietta yang semakin erat. Dan, kini mereka berdua sedang berada di Krakow untuk meluangkan masa berdua. Dia perlu membuat sesuatu agar hubungan mereka berdua hancur berantakan untuk selama-lamanya. Dia tidak akan melepaskan Shea Marrietta dengan begitu mudah.
Kepalanya disandarkan ke dada kekar milik suaminya sambil memerhatikan pemandangan di kediaman rehat tersebut.
"Mmm Weir.."
"Ya.."
"Boleh tak jika kita berpindah dan tinggal terus di sini?." Soal Shea Marrietta dengan lembut. Pemandangan indah itu sangat mengasyikkan. Tak jemu memandangnya.
Weir Thaddeus menoleh ke arah isterinya.
"Jika awak inginkannya, sekarang juga kita boleh berpindah ke sini, love." Jawapan suaminya itu membuatkan Shea Marrietta tertawa dengan gembira.
"Nak? Saya boleh panggilkan Thor dan Ken untuk memindahkan barang-barang kita ke sini... Thor! Ken!." Shea Marrietta menutup mulut suaminya namun kedua-dua lelaki itu telah pun tiba dengan sepantas kilat.
"Ya, Tuan." Soal Thor dan Ken serentak membuatkan Shea Marrietta gigit bibirnya menahan malu. Manakala, suaminya hanya tertawa sahaja.
"Nak tak?." Soal Weir Thaddeus lagi membuatkan Thor dan Ken saling berpandangan dengan riak wajah yang pelik.
Shea Marrietta gelengkan kepalanya dengan laju-laju.
"Mmm tiada apa-apa. Kamu berdua boleh pergi." Thor dan Ken yang masih terpinga-pinga itu pun beredar meninggalkan mereka berdua.
"Weir!." Dia mencubit pergelangan lengan suaminya itu.
"Arggh! She!." Dia meraih jari-jemari isterinya lalu digenggam erat.
"Mmm jari yang nakal ini, akan didenda sebentar nanti." Ujar Weir Thaddeus dengan wajah yang serius.
Shea Marrietta terus menarik jari-jemarinya namun tidak berjaya. Genggaman tangan suaminya terlalu kuat.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...