Ketika dia pulang ke Weir's, kereta milik suaminya masih tidak kelihatan didalam kawasan parkir kediaman mereka.
"Mmm." Dia melangkah masuk ke dalam kediaman dengan langkah yang lemah.
"Selamat pulang, Puan." Tegur Kat dengan ceria.
"Selamat, Kat. Mmm Tuan masih belum pulang?." Soal Shea Marrietta.
"Belum lagi, Puan." Shea Marrietta menggaru mata kirinya lalu tersenyum.
"Saya naik ke atas dulu. Err Kat?."
"Ya, Puan?."
"Sediakan bahan-bahan untuk saya memasak, ya."
"Baiklah, Puan."
Saat pintu bilik itu dibuka, terlihat suram sahaja didalam bilik itu, tiada keceriaan seperti sebelum ini. Suaminya itu benar-benar sedang marah kepadanya.
Dia melucutkan pakaian yang tersarung di tubuhnya, dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Kali ini, dia ingin berendam didalam jacuzzi untuk menghilangkan tekanan yang dirasainya saat itu. Tubuhnya terasa sangat segar saat berendam didalam jacuzzi, terimbas kembali saat-saat mereka berdua berendam bersama-sama.
Dia senyum hambar.
Usai membersihkan dirinya, suaminya masih juga tidak kelihatan. Dia ingin turun ke bawah dan menyediakan makan malam sebelum Weir Thaddeus pulang.
Dia senyum melihat menu masakan yang dimasaknya. Hidangan makan malam sudah siap, dia hanya perlu menunggu suaminya pulang sebelum mereka menikmatinya bersama-sama.
"Kat.. Nanti Tuan Weir sudah pulang, baru awak hidang, ya. Saya ingin ke bilik hujung, ingin menyiapkan lukisan."
"Baik, Puan Weir."
Shea Marrietta melirik ke pintu kediaman itu, jika BMW hitam itu sudah pulang namun masih tidak kelihatan. Dia pun melangkah naik ke tingkat atas ke bilik hujung. Sementara menunggu suaminya pulang, dia ingin menyiapkan sebuah lukisan wajah dia dan suaminya. Lukisan itu akan digantungkan didalam bilik tidur mereka.
Dia senyum gembira.
BMW hitam itu di parkir di belakang Bentley milik isterinya. Weir Thaddeus melangkah keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam kediaman itu.
"Selamat pulang, Tuan Weir. Puan berada diatas, sedang melukis." Beritahu Kat tanpa ditanya.
"Mmm." Weir Thaddeus angguk kepala dan melangkah menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas. Waktu itu sudah menunjukkan jam 9 malam. Setelah tiba di tingkat atas, dia melirik ke arah bilik hujung itu namun dia meneruskan langkahnya ke bilik tidur mereka.
Ternganga mulutnya saat melihat jam di pergelangan tangan kirinya.
"10 malam?!." Dia terus meletakkan brush itu dan meluru keluar dari bilik itu. Dia melangkah turun ke bawah.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...