Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...
Mata kedua-duanya saling bertatapan tanpa senyum. Wajah kedua-duanya terlihat tegang saat itu. Weir Thaddeus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya semula.
"Dimana jambangan bunga itu? Beraninya lelaki itu menghantar jambangan bunga kepada isteri saya dihadapan mata saya! Dan, tanpa memanggil awak sebagai Puan Weir! Dia tak tahu ke yang awak tu Puan Weir, iaitu isteri saya?!."
Shea Marrietta memandangnya.
"Masih ada dibawah. Jangan risau, jambangan bunga itu pasti akan disimpan, sepertimana awak menyimpan wanita-wanita simpanan awak, Weir. Sekurang-kurangnya dia memberikan jambangan bunga itu dihadapan awak, saya tak menyembunyikannya, Weir!." Shea Marrietta membalas sindiran suaminya itu.
Weir Thaddeus menatap tajam mata isterinya. Pedih hatinya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya sendiri. Penumbuknya digenggam kuat. Namun, dia cuba untuk menahan dirinya daripada berkasar dengan isterinya itu.
"Saya tak sukakan kekerasan, Weir."
"Bila tiba saat itu, awak akan tahu apa yang saya sembunyikan, She." Ingin sahaja dia memberitahu tentang Lila Arianna namun keadaan wanita itu pasti akan membuatkan isterinya bertambah sedih. Dia tidak ingin isterinya itu berada didalam kesedihan lagi.
Diam.
"Saya nak bercerai, Weir." Kata-kata itu lepas dari mulutnya. Dia tidak fikir suaminya mampu untuk berubah. Tiba-tiba dia teringatkan peristiwa yang terjadi di kelab malam milik suaminya pada 5 tahun yang lalu. Wanita-wanita yang bekerja sebagai pelayan di kelab malam itu adalah wanita yang dipaksa untuk bekerja disitu. Bagaimana jika suaminya masih meneruskan lagi kegiatan itu? Dia tidak ingin bersubahat didalam hal begini.
Suaminya terkejut tatkala mendengar kata-kata Shea Marrietta itu. Suaminya menatap tajam matanya, tiada senyuman dan riak wajahnya juga bertambah tegang.
GANG!
Pintu bilik itu dihempas dengan sekuat hatinya. Dia tidak ingin berada didalam situasi yang akan membuatkan keadaan hubungan mereka berdua bertambah teruk.
BMW hitam dipandu menuju ke sebuah bar di bandar Warsaw, manakala Thor dan Ken masih setia mengekori kereta bosnya itu dibelakang.
Shea Marrietta terduduk, menangis. Sebenarnya, dia juga tidak ingin berpisah dengan suaminya itu namun, kadang-kadang dia merasa amat takut dengan suaminya sendiri terutamanya jika suaminya dilanda kemarahan dan api cemburu.
Dia memekup wajahnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tequila itu diteguk.
"Saya nak bercerai, Weir." Kata-kata isterinya bermain-main difikirannya. Tequilaitu diteguk lagi. Thor dan Ken yang melihatnya mulai merasa risau.
"Puan Weir kata aku simpan wanita lain... Siapa wanita tu, hah?! Sekarang ini, aku hanya simpan dia seorang sahaja!."