CHAPTER 25 | PERANGKAP.

235 9 0
                                    

Shea Marrietta menghampiri Weir Thaddeus yang sedang berdiri di kala persiapan perkahwinan mereka sedang dilakukan. Dia memandang ke setiap sudut yang telah dihiasi dengan bunga ros putih kegemarannya. Pandai sungguh lelaki ini mengambil hatinya.

Tetapi benarkah keputusan yang diambilnya ini? Benarkah keputusannya untuk berkahwin dengan lelaki ini?

Tetapi benarkah keputusan yang diambilnya ini? Benarkah keputusannya untuk berkahwin dengan lelaki ini?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lelaki itu menatap wajah wanita itu dengan penuh rasa gembira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lelaki itu menatap wajah wanita itu dengan penuh rasa gembira.

"She." Panggilnya dengan lembut.

"Mmm.. Saya ingin bercakap dengan Tuan Weir sebentar."

"Boleh. Tentang hal apa?." Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke laman kediaman itu. Kemudian, Shea Marrietta menoleh ke arah Weir Thaddeus.

"Mmm setelah kita berkahwin, bagaimana dengan nasib Cik Juliet?." Weir Thaddeus terus memandang wajah itu. Dia sungguh tidak menyangka wanita ini akan bertanyakan perihal Cik Juliet.

Wanita itu sedang menunggu jawapan daripadanya.

"Jawab dengan ikhlas, Tuan Weir."

"She.. Saya dah pernah cakap, saya akan selesaikan hubungan saya dengan dia apabila kita berkahwin."

"Tuan Weir... Tuan tak boleh buat macam ni terhadap Cik Juliet. Saya harap Tuan tidak menghalau Cik Juliet dari kondominium yang dia tinggal ketika ini."

"She."

"Kita berkahwin bukan di atas dasar sayang, tapi kita berkahwin hanya diatas dasar ingin melindungi keselamatan saya daripada Tuan Xavier. Jadi, saya tidak akan merampas kebahagiaan wanita lain hanya untuk kepentingan diri saya sendiri."

"Mmm." Matanya mengerling ke arah wanita itu, tidak memahami apa sebenarnya yang difikirkan oleh wanita dihadapannya.

"Saya tak meletakkan harapan yang tinggi didalam perkahwinan ini, Tuan Weir."

Bagi Shea Marrietta, perkahwinan mereka hanya di atas helaian kertas sahaja, dan hubungan ini akan terlerai pada bila-bila masa sahaja kerana dia tidak ingin meletakkan harapan yang tinggi terhadap perkahwinan ini. Setelah selesai perihal sisa hutangnya dan keluarga Tuan Xavier sudah tidak mengganggu hidupnya serta dia dapat menyelamatkan Lila Arianna, dia akan meleraikan segala-galanya diantara mereka berdua. Seterusnya dia akan melarikan diri sejauh yang mungkin dari Poland ini dengan membawa kakaknya bersama-sama. Mereka akan mulakan hidup baru di tempat yang baru. Yang bebas dari segala-galanya.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now