Weir Thaddeus dihimpit dengan rasa bersalah tentang kejadian yang terjadi di Weir's. Kata-katanya dirasakan seperti terlalu kejam untuk gadis selembut Shea Marrietta. Dia merancang ingin pergi ke hospital untuk melawat Tuan Jayce. Setibanya, dia di hospital, Tuan Jayce tiada dibilik wad tersebut. Gadis itu juga tiada.
"Nurse, dimana pesakit dibilik ini?."
"Pesakit bilik ini berada didalam ICU." Weir Thaddeus terkejut. Pasti disebabkan inilah, gadis itu sanggup datang menemui dan merayu kepadanya. Dari jauh, dia melihat Shea Marrietta sedang memerhatikan ayahnya melalui cermin kaca itu sahaja. Wajah itu muram. Ingin dipeluknya tubuh itu agar gadis itu dapat meluahkan isi hati dan menangis didalam pelukannya.
Shea Marrietta memandang wajah ayahnya yang sedang terbaring didalam bilik ICU itu. Dia senyum paksa. Masih juga mengumpul kekuatan agar dirinya terus kuat menghadapi ujian ini.
"Ayah jangan risau, Marrietta akan selamatkan Ellie.. Dan akan kembalikan keluarga kita semula."
Tiba-tiba, muncul Martin Jones. Dan Martin Jones menyedari kehadiran Weir Thaddeus yang sedang bersembunyi memerhatikan Shea Marrietta daripada kejauhan. Weir Thaddeus menatap tajam lelaki yang sedang berjalan ke arah gadis itu.
"Marrietta!." Dia sengaja memanggil nama gadis itu agar Weir Thaddeus mendengarnya. Shea Marrietta menoleh ke arah lelaki itu.
"Mmm." Keluhan dilepaskan. Dia tidak pernah mencari lelaki ini malah lelaki ini yang mencarinya, namun dia perlu menjauhkan diri daripada Martin Jones jika dia tidak mahu mempunyai masalah dengan Puan Penelope pula.
"Awak telah menemui Tuan Weir?." Martin Jones berbisik.
"Ha? Tak. Kenapa?."
"Oh! Tiada apa-apa. Jadi, awak setuju kan dengan rancangan kita untuk pergi ke luar negara?." Soal Martin Jones sengaja ingin Weir Thaddeus mendengarnya.
"Mmm.. Mestilah jadi." Weir Thaddeus terkejut mendengar kata-kata gadis itu. Manakala Martin Jones pula senyum puas.
"Tapi, awak pergi dulu. Saya akan menyusur kemudian." Dia tidak pernah merancang untuk pergi ke luar negara bersama-sama dengan lelaki itu, itu hanyalah sebuah helah untuk dia melepaskan diri daripada Martin Jones. Menepati janjinya kepada Puan Penelope.
"Betul?."
"Ya." Shea Marrietta paksa senyum.
Martin Jones senyum gembira.
"Bagaimana dengan Tuan Weir?."
"Mmm dia bukan siapa-siapa bagi saya... Dia hanyalah orang yang kami berhutang sahaja. Setelah kami selesaikan hutang-hutang itu, kami sudah tiada kaitan apa-apa lagi dengan dia."
"Bagus. Awak perlu menjauhkan diri daripada lelaki mafia seperti itu." Weir Thaddeus menggengam erat penumbuknya.
"Ken. Kita pergi menemui Tuan Carlos!."
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
Любовные романыKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...