AKU pergi kerja seperti biasa setelah cuti aku tamat. Rasa seperti mahu melekat di katil pun ada pagi tadi. Menurut mesej yang dihantar Dhiya di WhatsApp, Razi sudah dipindahkan ke bahagian gudang pagi semalam. Katanya, dia tidak memberontak seperti selalu. Hanya menurut tanpa banyak kata. Rakan-rakan yang bertanya pun, Razi buat tidak endah. Malu barangkali.
Dhiya pun, bukan main suka apabila orang itu dipindahkan. Mana tidaknya, aman lah sedikit dia membuat kerja tanpa suara lelaki itu. Jujurnya, aku juga begitu. Ah, usah kata aku dan Dhiya. Entah-entah semua pekerja perempuan bersorak melihat Razi melangkah keluar daripada bangunan tersebut.
Tentang Kak Jannah pula, Dhiya memberitahu bahawa dia tidak masuk kerja daripada tiga hari lepas. Daripada mulut-mulut pekerja HR, kemungkinan untuk Kak Jannah diturunkan pangkat sangat tinggi.
Aku tahu semua ini pun kerana Dhiya yang rajin update isu di kilang melalui WhatsApp.
DING!
Aku menyeluk saku baju kerja dan mengeluarkan telefon aku. Ada satu mesej masuk. Aku tekan ikon hijau di telefon.
ABU: Saya sihat je kat sini. Awak pula macam mana? Sihat tak tu?
Abu itu Ash. Faham-faham sajalah.
Aku mengerut dahi membaca mesejnya. Aku scroll ke atas. Tak ada pula aku bertanya perihal dia. Kenapa pula tiba-tiba saja mesej aku? Tak pernah lagi dia buat begini sepanjang kami memiliki nombor telefon masing-masing. Pergi outstation itu boleh mengubah sikap seseorang ke? Sudahlah soalan pun skema saja.
Siapa tanya?
Aku balas pendek. Kacau saja. Pagi-pagi begini pun ada masa lagi mahu mesej aku. Tidak kerja ke dia?
Aku masukkan telefon kembali ke dalam saku bajuku dan aku berjalan menuju ke loker pekerja. Sudah ada beberapa pekerja sedang berbual-bual di bangku-bangku kayu yang diletakkan berhampiran loker tersebut. Aku lihat Dhiya sedang leka dengan telefonnya di hadapan loker.
“Assalamualaikum.” Aku menyapa dia.
“Ija! Waalaikumussalam. Rindu kau sangat-sangat.” Dhiya berkata dengan senyuman yang lebar.
Aku membuka loker aku dan meletakkan barangan aku di dalam. “Rindulah sangat. Yang kau ni seronok sangat dah kenapa?” Aku pandang Dhiya atas bawah.
Dhiya tersengih. “Lah, kau ni. Nak happy-happy pun tak boleh. Lelaki tu kan dah takde kat bahagian kita, mestilah kena gembira macam ni.”
Oh, begitu kisahnya. Hm, aku anggukkan sajalah. Tidaklah diganggu oleh Razi lagi selepas ini. Waktu rehat kami dengan mereka di gudang pun berbeza, jadi memang agak susah jika Razi mahu meneruskan sikapnya yang satu itu.
Aku melihat telefon di tangan. Tiada balasan daripada Ash, jadi aku tukarkan telefonku kepada mod senyap dan letakkan di dalam loker. Kemudian, aku tutup dan kunci loker tersebut.
“Eh, korang dengar tak cerita pasal Kak Jannah?” Kak Yati terus bergegas ke arah Dhiya dan aku. Tudung pun tidak sempat dia betulkan. Berita tergempar sangat agaknya.
“Hah, kenapa kak? Kami tak tahu apa-apa ni.” Balas Dhiya sebaik sahaja dia menutup pintu lokernya.
“Tadi masa aku masih kat pondok pengawal, ada dua orang dari HR tengah bersembang kat situ. Aku pun pasanglah telinga, mana tahu diorang ada sebut pasal Kak Jannah ke. Eh, betul pula tekaan aku! Sebab lepas tu, nama Kak Jannah keluar daripada mulut diorang.”
“Eh, Akak ni. Cepatlah, saya dah tak sabar ni. Panjang betul mukadimah.” Potong Dhiya.
Betul juga cakap Dhiya itu. Punyalah panjang lebar kata-kata mukadimah dia. Tak ada pun cerita tentang Kak Jannah lagi.
YOU ARE READING
MR. ASH SEBELAH RUMAH
RomanceAnak bongsu Pakcik Yusuf sebelah rumah sudah lama berada di luar negara dan baru ini dia akhirnya pulang ke Malaysia. Sekarang ini dia tinggal bersama ibu bapa dia, jiran sebelah kami sekeluarga. Tak kuasa lah pula aku nak korek cerita disebalik kep...