BAB 36

777 26 0
                                    

"KENAPA Ija ada dekat sini lagi ni? Dah nak masuk pukul enam setengah ni, anak oi. Baliklah." Mama menegur sebaik sahaja keluar daripada dapur.

"Kejap lagi Ija balik, Ma. Rindu sangat dekat Mama dengan Papa." Aku membalas dengan senyum lebar.

"Seminggu ni, asyik datang sini je lepas kamu habis kerja. Takkanlah rindu lagi kot?" Soal Mama seraya duduk di sebelahku.

Aku tidak menjawab, sebaliknya kembali menonton televisyen yang sedang menyiarkan berita petang.

Semenjak hari itu, aku dan Ash tidak bercakap sesama sendiri melainkan bila perlu sahaja. Dan aku pula melancarkan perang dingin terhadap Ash. Setiap kali selepas habis kerja, aku akan singgah ke rumah Mama dan Papa terlebih dahulu. Aku akan duduk di sini dalam sejam lebih sebelum pulang ke rumah.

Sebelum bertolak ke sini, aku akan meminta izin daripada Ash melalui WhatsApp dan dia akan membenarkan aku ke sini dengan syarat bahawa aku pulang sebelum jam mencecah tujuh malam. Perang dingin tidak bermakna aku boleh keluar rumah sesuka hati. Jika dia tidak benarkan, pandai-pandailah aku cari cara lain untuk menunjukkan bahawa aku sedang marah dengan dia. Tetapi setakat seminggu ini, Ash tidak pernah menunjukkan yang dia tidak suka aku melawat Mama dan Papa. Alang-alang tu, aku melawat juga Walid dan Umi di rumah sebelah. Selang-seli.

"Ija, cakap jujur dengan Mama. Ija bergaduh dengan Ash ke? Sebab tu asyik datang sini?" Mama menyoal dengan suara yang penuh curiga. Itu adalah tanda-tanda bahawa aku perlu pulang sekarang. Hal rumah tangga aku dan Ash, biarlah kami berdua sahaja yang tahu.

Aku bangun dan salam Mama. "Ija balik dululah, Ma. Papa dalam bilik kan?"

Mama menjeling aku tajam. Marah agaknya aku tidak menjawab pertanyaan dia.

"Papa tengah mandi lagi tu. Nanti Mama cakaplah yang kamu dah balik. Kirim salam dekat Ash sekali. Tanya dia bila nak melawat Mama dengan Papa dekat sini? Asyik kamu je yang datang." Ujar Mama.

Aku mengangguk laju. "Baik, Mama. Ija balik dulu. Assalamualaikum."

Selepas Mama menjawab salam, aku keluar dan menuju ke motor yang diparkir di luar rumah. Aku dapat membonceng motosikal aku itu pun sebab aku mengugut untuk memanggil Grab sekiranya Ash tidak benarkan. Ash memang tidak gemar aku menaiki kenderaan awam. Lagi-lagi jika hanya ada aku dan pemandu. Tetapi, nak naik kereta dengan dia? Memang taklah. Krik krik je dalam kereta tu nanti. Ingat, aku masih marah dan dalam fasa merajuk dengan dia. Dia pula, seperti tidak mahu memujuk aku.

Jadi, aku mahu lihat sampai bila dia boleh bertahan. Aku ni Khadija Adra. Sekali sudah merajuk, memang diam seribu bahasa!

AKU masuk ke dalam rumah dengan langkah kaki kanan serta salam. Kedengaran jawapan dari arah ruang tamu. Sekilas aku pandang dia yang sedang menonton televisyen. Wah, rekod terbaru ni. Tidak pernah-pernah televisyen itu dipasang sekiranya bukan aku yang berada di hadapan tv itu. Ash sedang menonton televisyen? Pemandangan yang sangat pelik buatku.

Aku perasan matanya yang sesekali menjeling aku. Tetapi, aku sedang merajuk dan marah kepadanya. Jadi, tanpa menegurnya aku terus naik ke bilik.

Sampai di bilik, aku meletakkan beg silang milikku di atas meja solek. Kemudian, tudung bawal di kepala aku tanggalkan dan campak ke dalam bakul baju di hadapan bilik air. Esok hari Sabtu, bermakna aku tidak bekerja. Esok sajalah aku basuh baju-baju kotor di dalam bakul itu. Terdapat pakaian kotor dari semalam di dalam bakul itu dan memandangkan hanya ada aku dan Ash di dalam rumah ini, memang rutin aku untuk mencucinya dua hari sekali. Mudah dan tidak membazir sabun mahupun air.

Aku bergerak menghampiri almari pakaian di sebelah katil. Aku mengambil baju T berwarna biru tua dan seluar palazzo yang sudah bertukar menjadi pakaian tidur aku dari almari. Pakaian dalam pula aku ambil dari laci di bawah almari tersebut.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now