BAB 33

312 8 0
                                    

KALAU nak menangis, boleh tak? Haih. Inilah sebabnya aku rasa curiga dengan dua orang lelaki pagi tadi tu. Rupa-rupanya ada sebab mereka beria-ia mahu aku alihkan motosikal aku itu. Ada agenda tersendiri. Itulah, Khadija Adra. Ikutkan lagi rasa takut tu. Sudahnya, berduka juga.

Tayar hadapan dan belakang motosikal kesayangan aku itu aku pandang dengan hati yang berkecai. Oh, silap. Bukan tayar. Sebab tak ada apa-apa langsung! Tinggal badan je. Kaki dah tak ada. Rasa nak menangis kuat-kuat.

Aku bawa keluar telefon yang berada di dalam beg silangku. Jam menunjukkan pukul lima sepuluh minit. Lima minit aku termenung mengenangkan nasib aku hari ini. Masa aku sampai di sini tadi, aku fikir aku dah tersalah tempat kerana tiada kelibat motosikal aku. Setelah membaca nombor plat di atas lampu motosikal itu, terus rasa lemah lutut.

Mata aku melilau mencari bantuan. Namun, hampa apabila tempat parkir berhampiran semuanya semakin kosong. Aku mengeluh berat. Gambar motosikal aku itu aku rekod dalam telefon. Biar buat jadi bahan bukti apabila aku melaporkan kepada polis nanti. Dan dengan berat hati, aku meninggalkannya di situ. Aku mula melangkah ke tempat menunggu bas yang jauhnya cuma seratus meter dari kawasan rumah kedai ini. Dekat sini memang banyak bas, tapi masalahnya sama ada bas itu akan berhenti berhampiran kawasan rumah aku atau tidak.

Sampai di tempat menunggu bas, aku duduk di atas kerusi besi di situ. Ada dua orang sedang menunggu bas juga, seperti aku. Telefon aku bawa keluar dan nama Ash aku cari. Mungkin lebih baik sekiranya aku menelefon Ash sahaja. Kalau naik bas nanti, pemandu bas itu berhenti berkilometer jauhnya dari kawasan perumahan kami macam mana? Aku ini sudahlah tidak berapa cergas.

Namun, belum sempat aku menekan butang dail, telefonku terpadam. Gelap. Aku sentuh skrin berkali-kali dan apabila tiada tanda-tanda ia akan kembali menyala, aku menggeledah beg silangku. Aku pasti aku ada bawa power bank. Hampa sekali lagi bila benda yang dicari tidak dijumpai. Mana pula ni?

Kalau tak ada, satu je maknanya. Aku tertinggal dekat butik. Aku mengeluh buat kesekian kalinya. Mana mungkin aku boleh ambil. Memang kena tunggu esok lah kalau macam ni. Kak Linda sahaja yang ada kunci butik itu.

Aku pandang ke kiri dan ke kanan. Selalunya tempat menunggu bas begini pasti akan ada public phone. Ada satu di hujung kiri. Cepat-cepat aku bangun dan menuju ke public phone tersebut. Sebaik sahaja berhenti di hadapan telefon umum itu, aku mengucap panjang. Senang cerita, telefonnya tak ada. Tiang saja.

Aku kembali ke tempat duduk tadi dengan perasaan hampa bercampur sedih. Betul-betul rasa macam nak menangis. Kenapa hari ni semua masalah nak jadi? Tak boleh ke satu hari, satu masalah? Kenapa sekaligus macam ni?

Astaghfirullahalazim. Tak baik cakap macam tu, Khadija Adra. Aku meraup muka.

Botol berisi air mineral di dalam beg silangku, aku bawa keluar dan aku teguk beberapa kali. Kemudian, aku simpan semula di dalam beg. Aku bawa pula keluar satu buku nota kecil dan pen yang sememangnya sudah tersemat pada buku itu.

Sementara menunggu bas, bolehlah aku kira-kira duit yang perlu digunakan untuk ganti semula tayar motosikal aku itu.

AKU mula resah apabila matahari sedikit lagi mahu terbenam dan masih tiada bas yang berhenti. Dua orang yang menunggu bas bersama aku tadi pun akhirnya memanggil khidmat Grab. Tinggal aku seorang sahaja sekarang ini di sini.

Aku tersilap langkah ke menunggu di sini? Bukankah memang akan ada bas berhenti di sini setiap petang? Aku mengurut dada yang mula rasa sesak bila kereta-kereta yang melalui kawasan ini semakin berkurangan.

Apa nak buat ni? Telefon tak ada bateri. Power bank pula tertinggal dalam butik. Salah aku juga sebab tak periksa semuanya sebelum keluar dari butik itu tadi. Fikir nak balik je. Rasa macam nak ketuk-ketuk kepala sendiri atas kecuaian sendiri.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now