BAB 31

356 10 0
                                    

"LIMA belas tahun ditubuhkan. Syarikat ini menjadi pilihan utama bagi pelancong dalam mahupun luar negara." Buat kesekian kalinya, aku membaca apa yang tertulis pada telefonku.

Melihatkan nama pada bangunan ini dan Ash, aku terus bertanya pada pakcik Google. Sangkaan aku tidak salah apabila keluar maklumat tentang syarikat tersebut. Siap ada laman sesawang sendiri yang penuh dengan sejarah syarikat itu.

Sedang aku scroll laman itu, terdapat satu gambar yang menarik perhatianku. Sepasang suami isteri dan tiga orang anak muda. Jari yang tadi asyik bergerak, terhenti.

Mata aku kembali menyaksikan bangunan yang gah di hadapanku itu dan kembali pada gambar di dalam telefon. Di bawah gambar itu tertulis,

'Founder of Y.A Tourism & Hospitality with his family.'

Aku kenal sangat dengan mereka. Sepasang suami-isteri itu ialah Umi dan Walid dan tiga orang itu pula merupakan Abang Yasser, Kak Yasmin dan Ash. Aku memejamkan mata beberapa saat. Kemudian, gambar itu aku tatap kembali. Ash kelihatan sangat muda, mungkin dalam lingkungan awal belasan tahun. Rambutnya menutup separuh wajahnya, seperti penyanyi Korea pula aku tengok. Tidak semena-mena, tawa kecil keluar dari bibirku.

Semuanya bagai puzzle yang dicantumkan. Jadi, Y.A itu bukanlah pendek dari nama Yusran Ayyash. Sebaliknya, Yusuf Azri iaitu nama Walid. Aku tertanya-tanya juga sekiranya ia ditubuhkan selepas Ash pulang ke sini, namun tidak masuk akal pula. Selepas membaca maklumat tentang syarikat ini pada laman sesawangnya, barulah aku faham. Ini bermakna, Ash menggantikan Walid yang sudah bersara.

Tidak hairanlah dengan Ash yang sering sibuk dan balik lambat. Bila sudah menjadi bos, semua perlu diambil serius jika tidak mahu mengalami kerugian.

Mata aku jatuh pada meja resepsi yang dapat dilihat dari luar. Sebab itu ke Cik Tihani seperti terkejut melihat Ash sebentar tadi?

"Ija ke tu?"

Aku menoleh ke arah empunya suara itu. Berkerut dahiku apabila melihat dia yang baru melangkah keluar dari pintu revolver itu.

"Abang Nuh?" Soalku seperti tidak percaya. Apa yang abang Nuh buat di sini? Mengikutkan cara pemakaiannya yang formal, seperti dia bekerja di sini. Mungkinkah?

Abang Nuh menghampiri aku yang masih berada di taman sederhana ini. Matanya mengerling kereta Ash yang diparkir.

"Abang ingatkan Ash datang sendiri. Kenapa Ija duduk dekat luar ni?" Soal abang Nuh sebaik sahaja dia berhenti berhampiran aku.

"Err... saya yang nak duduk sini sebab tak nak kacau Ash. Abang buat apa dekat sini?" Balasku.

Abang Nuh melepaskan tawa. Walaupun Abang Nuh ini tiada pertalian darah dengan Ash, sikap mereka lebih kurang juga. Suka ketawa pada benda yang tidak lawak. Mudah terhibur.

"Ija tak tahu ke? Abang kerja dekat sini. Abang yang mesej Ash suruh datang pagi tadi. Ada beberapa dokumen yang dia perlu tandatangan sebelum minggu depan. Abang tak tahulah pula dia bawak Ija sekali."

Ternganga mulutku mendengar penjelasan Abang Nuh. Tiba-tiba aku teringat kembali pada Ash yang memberi telefonnya kepada Abang Nuh untuk bercakap denganku. Kemudian, mereka yang datang ke butik Kak Yasmin pada masa yang sama.

"Oh..." Itu yang terkeluar dari bibirku.

"Ash ke yang ajak Ija datang ni?"

Aku menggeleng laju. "Eh, tak adalah. Kitorang nak pergi SB Mall sebenarnya, tapi Ash kata dia nak singgah sini dulu. Sebab tu lah saya ada sekali."

Abang Nuh mengangguk faham.

"Tapi kenapa Ija dekat luar ni? Tak nak masuk dalam ke?"

"Saya suka tengok taman ni, sebab tu saya duduk luar. Lagipun, Ash tak bagi saya jalan banyak-banyak dekat dalam tu. Takut sesat, katanya." Jelasku.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now