BAB 16

421 15 0
                                    

SEBAIK sahaja tetamu lelaki pulang daripada solat Zohor di surau, kami semua berkumpul di ruang tamu. Papa dan Walid duduk tidak jauh daripada masing-masing supaya mudah untuk berbincang hal yang akan di usulkan oleh keluarga pihak lelaki.

Aku mengambil tempat di sebelah Mama. Jam di dinding aku pandang sekilas. Sudah hampir pukul dua setengah petang.

"Bismillahirrahmanirrahim. Seperti yang semua tahu, anak saya Khadija Adra sudah pun selamat menjadi tunangan Yusran Ayyash. Di sini kita berkumpul adalah untuk membincangkan tarikh dan tempat untuk menghalalkan hubungan mereka berdua. Pertama sekali, saya nak bertanya kepada Ash." Papa memandang Ash yang sedang duduk di sebelah Walidnya.

"Ya, saya." Ash menyahut perlahan.

"Betul ke kamu sungguh sayangkan Ija dan boleh ke kamu berjanji pada Papa yang kamu tak akan aniaya perasaan dan fizikal anak Papa ni?"

Aku menarik nafasku dalam. Di hadapan Papa, tidak mungkinlah dia akan berkata bohong. Mama pula seperti tahu resah hatiku, memegang tangan kiriku erat dan kemas.

Ash mengangguk perlahan. "Saya sayangkan Khadija dan InsyaAllah, saya akan sungguh-sungguh jaga Khadija dengan sepenuh hati saya. InsyaAllah juga, saya tak akan angkat tangan pada dia. Sekalipun dia ada buat salah, saya akan gunakan mulut saya untuk nasihat Khadija. Saya mahukan dia sebagai teman sedunia dan InsyaAllah, di alam selepas kehidupan ni nanti." Jawab Ash dengan penuh santun.

Tidak pernah lagi aku melihat dia begini rupa. Serius dan seperti muktamad segala apa yang keluar daripada mulutnya itu. Rasa berdebar-debar yang menghantui aku daripada malam tadi, terus hilang sebaik sahaja selesai dia menjawab soalan Papa.

Aku melihat Papa dan Walid masing-masing mengangguk perlahan mendengar jawapan Ash.

"Papa dan Mama akan pegang kata-kata kamu, Ash. Jangan kecewakan kami." Papa memberi amaran lembut kepada Ash yang disambut dengan anggukan daripada Ash.

"Baik, selesai soal hati dan perasaan. Ash, Ija, ada cadangan ke tarikh nikahnya? Kamu berdua juga yang nak kahwin." Papa memandang Ash dan aku bersilih ganti.

Aku pandang pula Mama yang di sebelah. Ini soalan KBAT. Aku tidak terfikir langsung tentang tarikh pernikahan kami. Papa ini pun, cubalah soal aku sebelum aku makan tadi. Sekarang ini aku tengah kenyang. Bila perut sudah kenyang, otak aku lambat sedikit berjalan.

"Err... Ija tak kisah pun bila." Aku membalas perlahan. Malu bila ditenung tetamu-tetamu.

"Hah, Ija pun tak kisah. Bila-bila pun boleh, katanya." Papa bersuara kuat bagi memastikan semua dengar. Lain pula maknanya bila disuarakan oleh Papa. Gayanya seperti aku tidak sabar saja.

Tiba-tiba, Ash mengangkat tangan kanannya. Umpama budak sekolah mahu menjawab soalan yang diberikan cikgunya pula. Eloklah, Papa aku pun seorang guru.

"Hah, Ash?" Walid menoleh ke anak bongsunya itu.

"Kalau boleh, saya nak pernikahan kami dilangsungkan sebelum bulan puasa. Dalam dua minggu je lagi. Majlis sanding boleh buat lepas raya." Ujar Ash.

"Tak sabar sangat lah tu." Terdengar suara daripada belakang aku yang membuatkan aku menoleh serta-merta. Kata-katanya disambut dengan gelak tawa. Mika mengangkat keningnya kepada aku. Kurang ajar betul budak seorang ni.

"Saya dengan isteri okey je. Kami pun yakin Ash ada harta yang cukup untuk menanggung Ija." Walid menoleh kembali ke arah kami sekeluarga.

Papa menoleh ke arah aku dan Mama.

"Macam mana?" Soalnya.

Mama pun memandang aku. Hampir terlupa yang hendak dijalankan adalah pernikahan aku dan Ash, bukannya orang lain. Maka, terpaksalah juga aku bersuara. Kalau tidak, sampai ke senja tidak selesai.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now