BAB 48

394 13 0
                                    

SUASANA sepi seketika setelah Ash memberitahu apa yang telah terjadi ke atas Lily. Seiring itu, seperti ada lampu yang menyala di atas kepalaku apabila akhirnya aku ingat di mana nama Lily itu disebut dan oleh siapa. Wajah kusam Ash aku teliti, berkira-kira sama ada mahu menyoalnya atau tidak.

"Saya tak sempat nak ajar Aidan sebab saya terlambat. Masa tu, Aidan dah lari ke Malaysia dengan keluarga dia kecuali Zahra. Lily laporkan pada polis, tapi dia tarik balik bila Zahra brainwash dia. Semua tu terjadi dalam tempoh sebulan dia cuba mengelak daripada saya. Bila akhirnya dia bagitahu apa yang jadi, semuanya dah terlambat. Saya tak dapat tolong orang yang pernah jadi penyelamat saya beberapa tahun yang lepas. Saya hanya menjadi penonton yang menyaksikan hidup Lily hancur berkecai, Khadija."

Kekesalan tertulis pada wajah Ash yang aku sedar tidak mampu diubah dengan apa cara sekalipun. Kekesalan hanya dapat diubati apabila punca rasa itu muncul, mendapat pengakhiran yang sepatutnya pada mereka. Dalam kes ini, untuk Lily menggapai kebahagiaan dan Aidan tersungkur seteruk yang mungkin.

"Lepas apa yang Lily cakap, saya terus jumpa Zahra hari yang sama juga. Zahra bagitahu Lily, punca dia dirogol semuanya sebabkan diri dia sendiri. Cara dia berpakaian, cara dia bercakap dan cara dia bawa diri. Zahra tudingkan jari kat Lily sepenuhnya. Katanya, Aidan hanya buat semua tu untuk kebaikan Lily. Supaya Lily..." Ash berhenti seketika untuk menarik nafas panjang.

"Supaya Lily tahu tak ada lelaki yang nakkan dia selain daripada Aidan." Jari Ash menggenggam erat tanganku. Jelas terpancar ketidakselesaan pada wajahnya apabila menuturkan semula apa yang diujarkan oleh Zahra suatu ketika dahulu.

Serta-merta, apa yang dikatakan oleh Aidan pada petang itu kembali bermain di layar minda.

I simply raped her.

Perkataan itu diucapkan satu persatu tanpa ada rasa menyesal atau malu daripada lelaki itu.

Tiba-tiba, terasa ada sesuatu mahu keluar daripada perutku. Mual. Dengan pantas, aku berlari masuk ke dalam tandas. Panggilan Ash tidak aku endahkan.

Segala isi dalam perutku kini terdampar di dalam mangkuk tandas. Aku menekan butang pam di atas mangkuk tandas.

"Khadija! Kenapa ni? Ada yang tak kena ke?" Ash menerpa sebaik sahaja aku melangkah keluar daripada tandas.

Langkahku longlai dan tanpa sedar, aku rebah ke dalam pelukan Ash.

"Khadija, sayang. Awak dengar tak?" Suara Ash kuat di telinga, namun mataku bagaikan berat mahu buka.

Apabila belakangku terasa lembut, tahulah aku bahawa Ash telah meletakkan aku di atas katil dan kain telekung aku telah dibuka olehnya.

"Sayang, jangan buat saya macam ni. Jawab saya, Khadija." Telapak tangannya melekat di dahi ku, memberi ketenangan dalam gelora jiwaku.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Inikah yang dikatakan panic attack? Tahu-tahu sahaja seperti mahu pengsan dan tidak lari juga dengan rasa mual yang membuak-buak.

"Saya okey, cuma teringat sesuatu..." Aku bersuara perlahan.

Ash menghela nafas lega dan dahiku dikucup lama.

"Alhamdulillah. Jangan buat saya terkejut macam tu lagi lepas ni." Ujarnya sambil sebelah tangannya mengusap kepalaku lembut.

"Ash..."

"Ya, sayang?"

"Betul ke Lily sukakan awak?"

Dahi Ash berkerut selepas pertanyaan itu diajukan. Pantas dia menggelengkan kepala.

"Kami berdua kawan. Tak pernah sekali pun Lily tunjuk yang dia sukakan saya. Kalau nak kata dia jatuh cinta, Aidan lah orang yang betul-betul dia suka dan cinta. Kenapa awak fikir macam tu?"

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now