BAB 20

543 19 0
                                    

SEMINGGU berlalu dan tepat jam dua belas tengahari pada hari Sabtu di kediaman keluarga Ash, aku sah bergelar isteri kepada Yusran Ayyash dengan sekali lafaz. Memandangkan pernikahan ini diadakan secara kecil-kecilan, hanya saudara-mara sahaja yang dijemput kecuali tok kadi yang sudah terang tugasnya untuk menikahkan kami. Dua buah khemah juga telah didirikan di hadapan rumah bagi menghidangkan makanan dan minuman kepada tetamu yang datang.

Selepas upacara pembatalan air sembahyang, kami bergambar satu keluarga di hadapan pelamin yang ala kadar sahaja, hasil tangan Kak Yasmin. Katanya akan buat yang lebih gah pada hari persandingan selepas raya nanti. Aku tidak kisah pun tentang itu semua, asalkan tidak membazir dalam bermajlis.

"Senyum!" Ujar jurugambar yang diupah oleh Ash seraya menekan butang di kameranya untuk mengambil gambar kami.

Selesai sahaja sesi bergambar, Umi dan Walid menjemput semua tetamu untuk makan di bawah kanopi di luar rumah. Beransur-ansur, mereka meninggalkan ruang tamu rumah untuk menjamah makanan tengahari di luar. Sehinggalah tinggal beberapa orang sahaja di dalam rumah, termasuklah aku dan Ash.

Aku mencapai kantung yang aku tinggalkan semenjak aku tiba di rumah ini pagi tadi. Lama sangat dibiarkan tangan aku begini, jadi sakit pula. Aku cuba menyarungkan kain berwarna putih itu ke kepala aku, tetapi hiasan yang diletakkan di atas kepala aku membuatkannya tersangkut.

"Cuba minta tolong. Saya ada kat depan awak ni." Ujar Ash lalu membantu aku menyarungkan kantung itu ke kepala aku dengan berhati-hati. Selepas itu, aku meletakkan tangan aku dengan perlahan. Barulah lega sedikit bahu aku ini.

"Terima kasih," Aku berkata perlahan. Aku sebenarnya masih segan. Bukan apa, tiba-tiba saja aku boleh duduk rapat-rapat begini dengan Ash. Otak aku masih lagi dalam proses ingin menerima realiti.

"Apa perasaan awak?" Soal Ash tiba-tiba.

Aku lihat dia sedang tersenyum lebar sehingga menampakkan sebaris giginya.

Dia tanya tentang perasaan aku? Sejujurnya, aku tidak tahu. Namun, aku pasti ada perasaan senang di lubuk hatiku.

"Erm... lega." Jawabku.

"Itu je?"

"Habis tu, nak macam mana lagi?"

"Sekurang-kurangnya cakaplah awak happy, rasa macam nak melompat-lompat. Seronok dapat kahwin. Sejuk hati saya mendengarnya." Ash meletakkan tangan kanan di dada sebelah kirinya.

"Buang tabiat ke nak terkinja-kinja? Cukup bersyukur je." Ujarku seraya menggeleng kepala aku perlahan. Pelik-pelik je Ash ni.

"Yalah, saya gurau je. Mari sini tangan tu." Ash menghulurkan tapak tangannya kepada aku.

"Nak buat apa?" Aku pandang dia atas bawah.

"Ala, sini jelah. Banyak tanya pula."

Aku hulurkan juga tangan kiriku. Tangan kanan sedang berehat, maka aku biarkan tidak bergerak banyak. Tiba-tiba seutas rantai tangan berwarna rose gold dipakaikan pada pergelangan tangan aku. Aku melihat Ash dengan rasa terkejut. Berapa banyak dia mahu menghadiahkan aku dengan barang kemas ni? Rasa bersalah pula asyik menerima saja.

Aku melihat rantai tangan itu dengan teliti dan aku perasan ia diperbuat daripada huruf K dan A yang disambungkan sehingga ke cangkuk rantai tangan tersebut.

"K untuk Khadija, A untuk Ash. Kalau boleh, anak kita nanti saya nak letak nama bermula dengan dua huruf tu." Ujar Ash.

Laju tangan aku menampar bahunya. Baru saja bernikah tidak sampai sejam, sudah memikirkan soal anak. Gatal sangat tu.

"Sakitlah, awak..." Ash mengusap bahunya perlahan. Drama saja lebih. Kalau sakit, tidaklah senyuman dia semakin lebar.

Aku kembali melihat gelang di tangan. Berapa agaknya dia habiskan untuk membuat rantai tangan ini? Aku tahu selalunya yang begini dibuat khas oleh permintaan pelanggan. Dan selalunya juga, mereka akan dicas lebih oleh pihak kedai.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now