BAB 34

410 10 0
                                    

AKU memerhatikan tempat biasa aku letak motosikal milikku di hadapan kedai. Semalam, Ash membawa aku ke balai polis untuk membuat laporan. Tetapi, hampa bila polis sudah awal-awal beritahu yang kes seperti mencuri tayar atau bahagian komponen pada motosikal agak sukar untuk diselesaikan. Selalunya si pelaku akan menghilangkan diri tanpa kesan.

Lagi pula, tiada CCTV di tempat parkir hujung bangunan itu. Senang cerita, polis cakap kemungkinan untuk tangkap itu adalah di bawah lima puluh peratus. Aku ada memberi deskripsi tentang dua orang lelaki yang menyuruh aku mengalihkan motor aku pada pagi kelmarin, tetapi ia terlalu awam untuk polis kesan. Manalah aku nak tahu dua orang itu muka-muka awam.

Stres aku bila jadi macam ni. Tapi, nak buat macam mana lagi? Beli jelah tayar dan rim yang baru. Itupun, aku bersyukur motor aku tidak hilang terus. Hanya kaki sahaja yang sudah arwah.

Kenapa aku tak bawa motor hari ni kalau boleh ganti saja tayar dan rim aku itu? Sebab Ash tak benarkan. Katanya, biar dia yang hantar dan jemput aku. Tidak mahu perkara seperti kelmarin berulang. Aku tidak membantah kerana aku juga bersetuju dengan kata-katanya itu.

"Fikir apa tu, Ija?" Suara Kak Linda mematikan lamunanku. Terus aku berpaling ke arahnya.

"Fikir nak beli hadiah untuk kawan saya, kak." Jawabku pantas. Mujurlah aku teringat tentang majlis persandingan Yana dan Talha yang akan berlangsung pada hari Ahad ni.

"Birthday dia ke?"

"Taklah, kak. Hari Ahad ni diorang kahwin, sekali dengan bersanding. Saya tak tahu nak beli apa." Balasku. Kak Linda mengangguk faham.

"Akak nak bagi pendapat boleh ke?" Soal kak Linda.

"Eh, boleh je. Apa tu, kak?"

Kak Linda senyum. "Selalunya orang baru kahwin ni, akan pindah rumah baru. Bila pindah rumah baru ni, semua benda nak kena beli. Akak cadang Ija hadiahkan barang-barang yang selalu ada dalam rumah."

Aku mendengar cadangan kak Linda dengan teliti. Betul juga kata kak Linda itu. Aku dulu, sebab Ash memang dah sediakan semuanya. Tak semua orang kaya raya seperti Ash, jadi ada baiknya aku hadiahkan benda yang mendatangkan faedah di kemudian hari kepada Yana dan Talha.

"Betul juga tu. Tapi, saya nak beli apa?" Soalku. Takkanlah nak beli sofa. Aku pun duit cukup-cukup makan je. Nak minta duit Ash, memang tak lah. Yang kahwin itu kawan aku, bukannya kawan dia. Haruslah aku menggunakan duit hasil titik peluh sendiri.

"Ha, yang tu Ija beli ikut kemampuan Ija lah. Janganlah Ija pergi belikan tv pula kalau dah tahu duit tu tak banyak." Balas Kak Linda.

Kak Linda ni, macam tahu-tahu saja aku sedang berfikir tentang duit.

"Nanti dekat mall, tahulah kot nak beli apa." Aku bercakap sendiri.

"Terima kasih, kak sebab bagi cadangan untuk saya." Aku ucap pada kak Linda.

"Tak ada apalah." Ujar kak Linda seraya sambung meneliti komputer di hadapannya. Itu kalau tak melihat laman sosial, pasti sedang menonton drama.

Aku tahu ini pun sebab ternampak semasa aku mahu ke tandas beberapa hari yang lepas. Selama ini aku ingatkan tengah buat kerja setiap kali ada di hadapan komputer itu, rupa-rupanya tengah buat kerja lain. Tapi, ini rahsia antara kami berdua saja sebab kadang-kadang aku pula yang menggantikan Kak Linda di situ. Hehe.

"Kak, saya pergi pantri kejap. Nak minum air." Beritahuku dan terus menuju ke arah bilik itu.

Sampai saja, aku terus basahkan tekak dengan air kosong. Lega. Sempat aku kerling jam sebelum ke sini tadi. Beberapa minit lagi jam akan menunjukkan jam lima petang. Bila memikirkan Ash yang akan menjemputku sebentar lagi, baru aku teringat. Aku masih belum memberitahunya tentang hari Ahad ini. Kena beritahu sebelum hari cuti tiba. Takut-takut nanti dia dipanggil untuk bekerja. Sibuk mengalahkan menteri Ash itu.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now