BAB 46

362 12 0
                                    

SEJAK kenderaan milik Ash ini diparkir di dalam ruangan hadapan rumah kami, rentak jantungku bertambah laju berdegup. Aku mengerling sekilas ke kananku. Itulah tempatnya. Tempat semuanya bermula, sebelum aku diheret pula masuk ke rumah. Rumah yang berdiri megah di hadapanku ketika ini.

Sebaik sahaja aku mencadangkan bahawa Ash dan aku pulang ke rumah ini, kami singgah ke rumah Mama dan Papa untuk kemas apa yang patut sebelum terus ke sini. Mama dan Papa pula tidak bertanya lebih-lebih, sebaliknya mereka memberikan sokongan terhadap keputusanku dan mereka titipkan doa sebelum kami berangkat. Jam sekarang sudah menunjukkan hampir pukul enam setengah petang. Sebelum tiba, pelbagai perkataan muncul di kepalaku untuk meyakinkan diri bahawa semua itu sudah berlalu.

Enjin kenderaan dimatikan dan serta merta tangan aku mula menggigil. Dengan pantas aku menggenggam tangan sendiri, cuba untuk mengurangkan rasa takut. Nafas aku tarik panjang dan setelah beberapa saat, aku menghembusnya melalui mulutku. Cara pernafasan seperti ini sedikit sebanyak dapat menenangkan diriku yang semakin gelisah tika ini.

"Khadija, are you sure about this?" Soal Ash buat kesekian kalinya.

Tidak sudah soalan itu diajukan kepada aku sepanjang perjalanan kami ke sini sebentar tadi. Terang-terangan Ash sendiri seperti tidak menggalakkan aku menjejakkan kaki ke sini.

Aku mengangguk laju. "Saya okey, cuma nervous." Aku senyum dalam percubaan untuk mengurangkan rasa takut dalam diri dan aku berharap Ash terpedaya kerana aku tidak dapat teruskan semua ini sekiranya Ash tiada harapan terhadap aku.

Ash perhatikan aku sekejap sebelum pintu kereta di sebelah pemandu dibuka.

"Alright, then. Wait here for a second." Arahnya sebelum dia berlari ke arah pintu bahagian penumpang di mana aku sedang duduk.

Pintu dibuka dan sebelah tangannya dihulurkan kepadaku. Tiada bicara, cuma senyuman dan pandangan kami yang beradu.

Tanpa berlengah, aku menyambut tangannya dan dengan nama Allah, aku melangkah keluar daripada kenderaan yang mulai terasa seperti rumah, lebih daripada rumah di hadapan aku sekarang. Rumah yang sepatutnya menjadi syurga dunia kami, sekarang menjadi tempat paling aku geruni. Biarpun sekarang aku sedang elok berdiri di perkarangan rumah, memori pada senja hari itu kembali menjengah tanpa diundang.

Keluhan daripada Ash mematikan lamunanku. Dengan pantas, aku mendongak memandangnya. Apabila dia perasan aku sedang memandangnya, senyuman yang tadi kian pudar kembali menghiasi wajah kacaknya itu.

"Saya ada tambah CCTV dekat luar rumah. Dua dekat depan ni, dua dekat belakang. Semua pagar dengan pintu pun saya dah tukar. Semua benda yang tak patut ada, saya dah buang. Saya harap awak boleh jejakkan kaki ke dalam rumah kita tanpa rasa takut, Khadija." Ujarnya. Senyuman manis Ash tika ini kelihatan dipaksa, semua yang dilakukan olehnya adalah supaya aku berasa selesa di rumah sendiri.

Pipinya aku kucup. Riak wajahnya terkejut, namun senyumannya kini terlihat jujur dari hati. Itulah tujuan aku. Aku mahu dia tahu bahawa aku menghargai apa yang telah dilakukan olehnya semata-mata untuk aku.

"Terima kasih, sayang." Ucapku seraya tangan kanannya aku bawa ke bibir. Sungguh, aku beruntung kerana dikurniakan suami yang sering memikirkan tentang perasaan dan keselesaanku.

Aku mendongak untuk memandangnya dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat air mata yang kini berjujuran jatuh ke pipi Ash. Pantas jari-jemari aku mengelapnya.

"Sensitif betul lah awak baru-baru ni, Ash." Ujarku diiringi tawa kecil. Ash pula hanya menggeleng perlahan. Jelas terpancar kegembiraan pada senyuman lebarnya. Mudahnya aku mengumpul pahala sebagai seorang isteri kepada lelaki bernama Yusran Ayyash. Hanya daripada ucapanku yang tidak seberapa, sudah menghidupkan seri pada wajahnya.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now