BAB 21

1.5K 56 0
                                        

DUA hari kemudian, Ash membawa aku pergi dari kediaman Mama dan Papa. Berlaku drama air mata sebelum kami bertolak pergi walaupun Ash sudah memaklumkan jarak antara rumah kami dan kawasan perumahan Mama dan Papa hanyalah setengah jam jauhnya. Tetapi, kalau sudah mahu menangis, keluar juga air mata itu.

Pada Umi dan Walid juga, aku berjanji akan melawat mereka apabila ada masa nanti. Memandangkan surat perletakan jawatan aku masih dalam proses, aku perlu bekerja untuk beberapa hari sahaja lagi sebelum ia diluluskan oleh pihak atasan. Ini bermakna aku akan bekerja di bawah Kak Yasmin apabila tibanya bulan Ramadhan nanti. Motor aku pun sudah lama tidak bergerak di hadapan rumah itu. Aku akan meminta tolong Ash untuk mengambil motor aku itu apabila kami selesai mengemas rumah yang tidak aku tahu bagaimana rupanya itu nanti.

Setelah memastikan semua barangan penting telah disimpan di dalam bonet belakang kereta, kami bertolak pergi dari kawasan perumahan kedua orang tua kami.

Tepat jam sebelas pagi, Ash memasuki taman perumahan berpagar. Setelah dia meletakkan kad di atas sensor yang mencantumkan palang di situ, satu daripadanya terangkat. Ash sempat mengangkat tangan kepada pengawal yang sedang berehat di dalam pondok pengawal.

Ternganga jugalah aku melihat perumahan di sini. Besar-besar belaka. Hampir setiap rumah yang kami lalui telah siap diubah suai oleh tuan rumah. Rumah asal sudah besar, diubah lagi besar. Ada duit, semua boleh buat.

Sedang aku asyik memerhati rumah-rumah besar di sini, Ash memandu masuk ke dalam rumah berwarna beige dan lengkap dengan taman kecil di sebelah tempat parkir di dalam halaman rumah. Setelah kereta di parkir dengan kemas, pagar yang tadinya terbuka luas, tertutup sendiri.

"Jangan lama sangat nganga tu, masuk lalat nanti." Ujar Ash seraya mematikan enjin kereta dan terus keluar.

Aku menutup mulutku dengan tangan. Ketara sangat ke?

Pintu sebelah aku dibuka dengan luas. Ash menghulurkan tangannya. Tanpa banyak kata, aku menyambutnya. Dia menarik aku keluar daripada tempat duduk penumpang dengan cermat.

Mata aku masih lagi pada taman kecil yang sangat hijau di sebelah tempat parkir. Siapa agaknya yang menjaga kesuburan pokok-pokok tersebut?

"Jangan fikir lebih-lebih, saya hire gardener untuk jaga tanaman tu. Rumah ni pun, saya minta tolong kawan jagakan. Dah, jom masuk."

Aku menoleh ke arah Ash yang sedang mengeluarkan bagasi pakaian milik kami berdua daripada bonet keretanya.

"Saya tak fikir apa-apa pun. Benda cantik, kena lah perhatikan." Aku berjalan ke arah Ash, mahu menolongnya.

"Aip, jangan mengada-ngada ya. Pergi masuk rumah. Biar saya yang bawak keluar barang ni semua." Ash menepuk tangan aku lembut.

"Tangan kiri saya ni kuat, tahu tak? Tak ada masalah pun nak heret luggage yang dah terang-terang ada roda tu." Aku cuba mendapatkan bagasi milik aku yang masih berada di sebelah Ash. Namun, dengan pantas dia menyorokkan beg tersebut di belakangnya.

"Tangan awak memanglah kuat. Hati saya ni yang tak kuat tengok awak susah-susah. Sakit, buat cara sakit. Pergi masuk, tolong buka kunci pintu sekali. Nah." Ash menghulurkan kunci keretanya yang terdapat kunci rumah tergantung sekali di situ kepada aku.

Aku menarik nafas dalam sebelum mengambil kunci tersebut daripada tangan Ash. Nak melawan nanti, dosa yang dapat. Maka, aku ikutkan saja kata dia.

"Yalah. Lepas buka pintu, nak saya buat apa? Goyang kaki?" Soalku.

Ash mengangkat keningnya sebelah. Hah, fikirkan apa pula tu? Ash ini bukannya boleh percaya sangat.

"Duduk diam-diam je. Perabot semua memang dah ada kat dalam tu. Kalau saya nak minta tolong, saya jerit je nama awak. Macam ni— Khadija!!!"

MR. ASH SEBELAH RUMAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang