"TAKE care, sayang." Pesan Ash sebaik sahaja aku turun daripada kereta. Dia pula sudah segak berkemeja biru laut di dalam kereta, bahagian pemandu.
"Okey, awak pun hati-hati kat jalan raya nanti." Balasku sesudah bersalaman dengannya.
"Love you." Ucapnya dan aku membalas dengan perkataan yang sama.
Setelah memastikan aku betul-betul berada di hadapan butik Kak Yasmin, barulah kereta milik Ash berlalu pergi. Aku menjejakkan kaki ke dalam butik Kak Min untuk pertama kali setelah sebulan lebih berehat di hospital dan di rumah Mama dan Papa.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam sebaik sahaja menapak masuk.
Kak Linda yang berada di belakang kaunter pembayaran menoleh ke arahku. Sebaik sahaja mata kami bertentangan, senyuman lebar menghiasi wajah Kak Linda. Laju langkahnya menghampirinya dan terus memberikan aku pelukan yang erat.
"Waalaikumussalam. Ya Allah, Khadija. Lama sangat dah tak jumpa. Welcome back." Ucapnya.
Aku mengusap belakang Kak Linda lembut. Tidak sangka pula Kak Linda seorang yang sentimental.
"Terima kasih, kak. Dah lama sangat duduk dekat rumah, bosan dibuatnya." Tuturku apabila pelukan terlerai.
"Oh, jadi kamu dah okeylah ni? Risau sangat akak masa Yasmin bagitahu rumah kamu kena rompak masa suami kamu outstation. Katanya kamu terkejut sangat sampai pengsan. Mujurlah mentua kamu sampai sana tepat pada waktunya." Soalnya dengan penuh prihatin.
Atas permintaan Ash dan aku, Kak Yasmin tidak memberitahu hal yang sebenar kepada Kak Linda. Tetapi tidak sangka pula begitu cerita yang diberikan kepada Kak Linda. Kreatif juga Kak Yasmin.
Tepat sahaja Kak Linda habis bercakap, Kak Min keluar daripada biliknya dan kami bertentangan mata.
"Haih, Ija. Ikutkan hati, memang akak tak bagi Ija datang. Ini semua sebab Ash beritahu yang Ija tak nak duduk rumah lama-lama sangat. Kalau tak..." Kak Min mula membebel, lagaknya pula persis Umi.
"Betullah apa yang Ash cakap tu. Saya rasa terperap duduk dekat rumah tak buat apa." Balasku. Tangan Kak Yasmin aku salam sebaik sahaja dia berhenti di hadapanku.
"Yalah. Jom masuk bilik aku kejap. Akak boleh kan, jaga seorang kejap kat depan ni." Kak Yasmin menoleh ke arah Kak Linda.
Kak Linda angguk laju. "Alah, bukannya tak biasa. Pergilah, akak tahu korang dah lama tak jumpa."
"Terima kasih, kak." Ujarku dan Kak Yasmin serentak. Tanpa berlengah, kami berdua melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Kak Yasmin.
Jejak sahaja kaki ke dalam bilik itu, aku dan Kaki Yasmin duduk di atas sofa yang diletakkan di tengah-tengah bilik tersebut.
"Kak Yasmin punya idea ke bagitahu Kak Linda yang rumah kena rompak?" Soalku tanpa berlengah.
Kak Yasmin senyum. "Tak. Ash yang suruh akak jawab macam tu kalau ada yang bertanya selain daripada ahli keluarga. Katanya, ada je kes orang terkejut sangat sampai boleh masuk hospital. Itulah dia suruh bagi alasan tu."
"Oh..." Balasku sambil terangguk-angguk.
"Ija betul ni dah okey?" Kak Yasmin bertanya kepadaku.
"Betul, kak. Kadang-kadang tu teringat, tapi tak adalah selalu. Saya dengan Ash duduk dekat rumah Mama dengan Papa buat masa sekarang. Mungkin sebab tu, saya dah semakin baik. Saya boleh buat kerja macam biasa, kak. Jangan risaulah."
Kak Yasmin menarik nafas panjang, kemudian dia mengangguk faham. "Okeylah kalau macam tu. Akak nak minta maaf dekat Ija sebab tak dapat melawat Ija dalam masa sebulan Ija berehat. Hospital pun akak tak pergi."

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. ASH SEBELAH RUMAH
RomanceAnak bongsu Pakcik Yusuf sebelah rumah sudah lama berada di luar negara dan baru ini dia akhirnya pulang ke Malaysia. Sekarang ini dia tinggal bersama ibu bapa dia, jiran sebelah kami sekeluarga. Tak kuasa lah pula aku nak korek cerita disebalik kep...