BAB 41

497 12 0
                                    

TELEVISYEN besar yang tergantung pada dinding itu aku pandang. Perlahan-lahan, mataku melirik naik ke gambar persandingan Ash dan aku yang digantung di atas televisyen itu. Suasana gelap dan sunyi. Aku terbaring di atas sofa di ruang tamu. Tiada tenaga fizikal mahupun mental untuk bangun dan menutup pintu hadapan yang sedang terbuka luas. Dah tak ada maknanya untuk aku merisaukan tentang keselamatan diriku. Semuanya sudah tiada makna.

Aku sudah diratah oleh binatang. Binatang yang bernama Aidan dan aku tidak dapat melawannya. Badan aku tidak mengikut kataku dan aku biarkan saja semuanya terjadi. Biarlah aku mati saja. Tak ada maknanya lagi aku hidup dengan maruah yang sudah dipijak-pijak dan diludah.

Setiap anggota badanku sakit dan dapat aku rasakan darah yang sudah mula kering pada wajah dan leherku, tempat binatang itu melepaskan amarahnya setiap kali aku cuba meronta.

Ash, saya minta maaf. Saya dah kotor. Saya jijik. Mesti awak takkan pandang saya dah lepas ni.

Entah buat yang ke berapa kalinya air mataku jatuh membasahi sofa. Sudah setengah jam syaitan bertopengkan manusia itu beredar. Selama itu jugalah, aku membiarkan air mataku mengalir. Aku tak kuat. Aku lemah.

Ada suara memberi salam, namun tidak dapat aku teka siapa. Aku menutup mataku apabila suara itu semakin kuat. Sakit. Kepala aku sakit. Aku mahu tidur. Kalau boleh, aku tidak mahu bangun langsung. Lebih baik aku mati dari hidup dengan badan yang sudah kotor dan jijik ini.

"Ya Allah, Khadija!"

... Ash?

AKU membuka kelopak mata perlahan-lahan. Namun, dengan pantas aku katup kembali dek kerana cahaya yang menusuk mataku dan segenap muka yang terasa pedihnya. Sekali lagi, aku membuka mata dengan perlahan. Aku mengelipkan mata beberapa kali sebelum dapat menyesuaikan pandangan dengan keadaan sekeliling.

Putih. Ada bunyi yang seragam menerpa telingaku. Perlahan-lahan aku meneliti segenap ruang bilik itu.

Hospital.

Serta-merta kejadian itu kembali menerjah fikiran. Tanpa dipinta, aku menangis. Ya Allah. Aku sudah berdosa.

"Sayang?"

Tangisanku mati apabila suara itu menyapa. Dengan pantas aku menoleh ke kanan. Terkebil-kebil aku memandang lelaki itu. Aku sedang berhalusinasi ke? Ash masih berada di Perak. Dia akan balik esok atau lusa. Jadi, siapa pula yang ada di hadapan aku ini?

"... Ash?" Suaraku seperti tidak mahu keluar. Serak.

Ash mengangguk laju dan bibirnya mengukir senyuman. Senyuman kelat.

"Ya, ini saya Ash."

"Outstation?" Hanya itu yang keluar dari mulutku.

Dia menggeleng perlahan.

"Saya balik awal. Kerja habis petang tadi, terus saya bertolak ke sini." Ujarnya tanpa perlu aku menyoal lebih-lebih.

Tangan dia naik untuk mengusap wajahku. Dia mengelap air mata yang jatuh sebentar tadi di pipiku. Namun, dengan laju aku mengangkat tangan. Menghalangnya menyentuh aku.

Keningnya bertaut, seperti menahan rasa. Bibirnya pula diketap.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Mungkin Ash masih tidak tahu tentang keadaan aku. Lebih baik aku beritahunya sekarang. Aku tidak mahu menipunya.

Aku mahu bangun, namun sungguh aku tiada tenaga. Semuanya sudah habis digunakan melawan binatang tak guna itu.

"Ash..." Panggilku.

"Hm?" Sambut Ash.

"S... saya minta maaf. Saya..." Belum sempat pun aku mahu memberitahunya, air mata mulai mengalir. Aku tidak sanggup. Aku tidak kuat mahu melihat wajahnya apabila aku memberitahnya nanti. Ya Allah, aku tak kuat!

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now