BAB 23

377 13 0
                                    

AKU sedang menyusun tudung yang sudah terkeluar dari raknya apabila loceng kedai berbunyi. Aku menoleh ke pintu masuk dan terus aku senyum lebar apabila melihat Luth yang masih berpakaian taska melambai ke arah aku. Selesai memasukkan semula tudung itu ke dalam raknya, aku melangkah mendekati Luth yang senyumnya sampai ke telinga.

"Luth! Seorang je ke?" Aku meninjau ke luar kedai. Terdapat sebuah kereta BMW M3 diparkir di hadapan kedai. Aku kenal sangat kereta itu. Kereta siapa lagi kalau bukan suami Kak Yasmin?

"Ayah ada dekat luar tu, dengan adik." Luth menunjuk ke kereta di luar. Suami Kak Yasmin, Abang Nuh sedang mendukung adik Luth dan sebelah tangannya memegang beg berwarna merah jambu.

Abang Nuh menolak pintu kedai seraya memberi salam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Abang nak minta tolong Ija boleh ke?" Soalnya dengan wajah yang serba salah.

"Boleh. Nak minta tolong apa tu?"

"Nak minta tolong jagakan budak dua orang ni sampai pukul lima nanti. Sepatutnya abang cuti hari ni, tapi bos panggil pula masa jemput tiga beradik ni." Abang Nuh meletakkan Layla, adik Luth di bawah. Begnya pula diletakkan di atas kaunter.

"Boleh, bang. Tapi, mana lagi seorang?" Aku menjenguk ke luar. Manalah tahu terlupa ke.

"Marsya ada dengan mak dia dekat rumah. Abang sebenarnya dah janji nak bagi Yasmin rehat hari ni. Dua hari dia kerja tak berhenti. Itulah pasal abang ambik cuti, nak bawak anak-anak jalan-jalan sementara mak diorang ni berehat dekat rumah. Tapi tak ada rezeki pula hari ni. Abang nak minta tolong jaga Luth dengan Layla ni sebab dua orang ni suka kacau Yasmin. Abang minta maaf sangat kalau dah menyusahkan Ija, tapi abang janji akan balik sini secepat mungkin." Terang Abang Nuh panjang lebar.

Oh, begitu. Aku tidak kisah pun sebenarnya. Kerja sebagai doktor itu bukanlah mudah, ditambah pula dengan waktu kerja yang tidak menentu. Aku berbesar hati lagi kerana mereka percayakan aku untuk menjaga anak-anak mereka.

"Tak apa, saya okey je. Kedai ni pun tak ramai sangat bila dah petang nanti." Balasku. Luth sudah menggenggam tanganku kemas, sedang adiknya Layla pula menyorok di belakang ayahnya.

Abang Nuh menghela nafas lega, kemudian dia melihat sekeliling kedai.

"Eh, Ija seorang je ke?" soalnya.

"Taklah. Kak Linda keluar sekejap, jemput anak-anak dari sekolah. Lepas Zohor dia masuk semula." Jawabku.

"Okeylah macam tu. Terima kasih, ya Ija. Abang pergi dulu." Abang Nuh angguk kepalanya kepada aku.

"Sama-sama."

Luth dan Layla masing-masing menyalami Abang Nuh dan sempat juga ayah mereka itu memesan supaya tidak menyusahkan aku. Aku hanya tersenyum. Tidak kisah pun sekiranya mereka mahu 'susahkan' aku. Mereka hanyalah kanak-kanak kecil. Jika tidak hyper, bukan kanak-kanak lah namanya.

Selepas suami Kak Yasmin beredar, aku membawa dua beradik itu ke bilik staf di belakang kedai yang lengkap dengan sofa dan katil single. Kata Kak Linda, katil itu memang disediakan untuk anak-anak buahku ini. Hal ini kerana kerap juga Kak Yasmin membawa anak-anaknya ke sini apabila dia mempunyai masa lapang.

Aku meletakkan beg mereka di atas sofa di situ dan memanggil kedua beradik itu dekat denganku. Luth memegang erat tangan Layla. Comel saja aku melihat mereka.

"Luth dengan Layla nak mandi tak? Tadi Cik Ija tengok dalam beg korang berdua ada baju." Soalku. Mujurlah butik ini serba-serbi cantik. Sehingga ke tandas pun, lengkap dengan shower. Bersih dan cantiklah, senang cerita.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now