BAB 25

389 10 0
                                    

AKU terjaga dari tidur apabila terasa hangat pipiku diusik. Wajah Ash yang tersenyum lebar menyapa pandanganku.

"Assalamualaikum, Khadija sayang." Perlahan dia tuturkan.

"Waalaikumussalam..." aku menjawab putus-putus. Suara aku pagi-pagi begini memang susah mahu keluar.

Aku menggosok mataku perlahan dan barulah aku perasan Ash sudah siap berseluar jeans hitam dan berbaju T shirt polo berona sama. Selepas subuh tadi, elok lagi dia berkain pelikat. Nak ke mana pula dia pagi Sabtu begini?

"Saya nak pergi ambik motor awak dekat butik Kak Min ni." Ash berpaling ke cermin di sebelah almari pakaian dan mula menyisir rapi rambutnya. Begitulah Ash, sentiasa menjaga penampilan. Elok sangatlah dapat aku sebagai isteri yang tidak kisah pun pakai apa, asalkan menutup aurat ini.

Aku duduk bersandar pada kepala katil sambil memerhatikannya.

"Awak nak naik apa ke sana?" Soalku. Terlupa pula tentang motor kesayangan aku itu.

"Kak Min tumpangkan. Dia nak ke butik juga, alang-alang dah cuti tu." Ash duduk di birai katil.

"Kenapa awak tak kejut saya awal-awal? Bolehlah awak hantarkan saya, biar saya ambik sendiri motor tu."

"Ish, tak payahlah. Saya tahu awak penat." Lebar senyumannya penuh makna. Laju tangan aku mencapai bantal berdekatan dan baling ke arahnya. Dapat pula dia tangkap. Cis!

"Gatal lah awak ni!" Serta-merta membahang pipi aku. Bangun-bangun saja dia sudah ingatkan. Kurang asam betul! Tak cukup agaknya usikan dia sahur pagi tadi.

"Gatal, awak garukan lah."

Apabila aku mencampak satu lagi bantal ke arahnya, mengekek-ngekek dia ketawa.

"Saya pergi dululah, Kak Min dah tunggu dekat luar tu." Dia menghulurkan tangan kanannya dan terus aku menyalami dia. Sempat lagi dia mendaratkan sebuah kucupan di dahiku.

"Biar saya hantar awak sampai depan pintu." Aku menyelak selimut yang dari tadi terletak elok diatas aku.

Namun, Ash menolak aku supaya baring semula. Kemudian, menyelimutkan aku. Gaya seperti tidak mahu aku bergerak pun ada.

"Tak payah. Saya dah cakap dengan Kak Min. Dia faham je tu."

Membuntang mata aku mendengar kata-katanya.

"Cakap? Awak cakap apa dengan Kak Min? Awak jangan macam-macam, eh." Aku memandangnya curiga. Hal dalam selimut pun mahu bercerita ke?

Ash ketawa besar.

"Sayang, saya tak bengong lagi kepala ni nak cerita benda hal rumah tangga dekat Kak Min tu. Saya cakap awak tengah tidur masa Kak Min call tadi. Siapa suruh bangun awal sangat?" Terang Ash dengan tawanya yang masih bersisa.

Aku menutup mata, malu. Cubalah husnudzon sikit, Khadija Adra oi.

"Saya keluar dulu." Sekali lagi Ash mencium dahiku dan mengusap kepalaku lembut sebelum melangkah menghampiri pintu bilik.

"Okey, hati-hati. Kirim salam dekat Kak Yasmin."

Selepas menunjukkan tanda OK, Ash menutup semula pintu bilik kami. Beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi enjin dihidupkan. Lama juga Kak Min menunggu, sehingga dia mematikan enjinnya.

Aku menjeling jam di meja tidur. Lapan pagi. Awal sangat lagi. Sambung tidurlah. Penat tidak hilang lagi ni.

Namun, beberapa kali berpaling tidak dapat juga aku menyambung tidur. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk mandi dan turun ke bawah.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now