BAB 47

385 13 0
                                    

AKU mendengar dengan teliti setiap butir bicara Ash. Sebolehnya aku ingin mengetahui sebab di sebalik retaknya hubungan Ash dan dua orang sepupunya. Album gambar ditolak ke tepi dan Ash mulai bersuara.

"Lima tahun lepas, semuanya bermula pada hari tu. Bapa kepada Lily, Drew merupakan kawan arwah nenek. Lebih tepat lagi, Drew tu anak didik arwah nenek merangkap kawan yang satu-satunya tak tolak arwah nenek sebab status dia sebagai seorang muslim. Arwah nenek ada perniagaan warisan keluarga dan perniagaan tu adalah hotel lima bintang yang berdiri megah kat Dublin. Disebabkan arwah nenek tak berminat nak teruskan legasi keluarga dia, nenek serahkan lima puluh percent syer syarikat kepada Drew untuk dia uruskan. Tiga puluh percent pada saya dan lebihan dia berikan pada organisasi yang membantu mereka yang kurang bernasib baik dekat sana."

Aku mengangguk faham. Jadi, perniagaan milik Walid yang Ash warisi adalah salah satu warisan daripada arwah neneknya juga. Nampaknya bidang hospitaliti adalah kemahiran mereka sekeluarga dan Ash sepertinya mahu meneruskan legasi arwah neneknya di Malaysia. Aku kagum mendengarnya, apatah lagi keluarga Ash apabila dia membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan Walidnya yang sepatutnya dijualkan sepenuhnya kepada syarikat lain. Ash merupakan seorang yang penuh dedikasi dan aku menghargai sifatnya yang satu itu.

Ash jeda seketika sebelum menyambung semula kisahnya.

"Masa tu, saya tengah cari tempat untuk saya intern. Kalau tak dapat tempat yang selari dengan bidang saya belajar, umpama sia-sia je lah peluang saya untuk cari pengalaman dalam bidang tu. Jadi, saya tanya arwah nenek memandangkan saya tahu tentang hotel tu. Arwah nenek terus call Drew dan tanya pasal jawatan kosong dekat situ. Hari yang sama juga, saya pergi untuk interview. Untungkan bila ada cable ni?" Ash ketawa di hujung ayatnya. Sempat lagi dia mahu bergurau.

"Habis je interview, Drew terus terima saya sebagai assistant manager. Mula-mula saya tak percaya sebab saya cuma nak belajar dan cari pengalaman. Tahu-tahu je kena campak kat jawatan yang penting. Nervous tak boleh cakaplah, kan. Tapi masa saya keluar daripada bilik temu duga, saya terserempak dengan kawan saya dari universiti. Lily."

Sekali lagi, Ash jeda. Keningnya bertaut seperti sebutan nama itu memberikannya kenangan yang sangat pahit. Suasana menjadi tegang seketika.

"Siapa Lily kepada awak, Ash?" Aku memberanikan diri untuk bertanya. Nama itu sangat familiar kepadaku, tetapi aku tidak dapat mengimbas kembali di mana aku mendengarnya.

Ash senyum tawar. "She was my savior, Khadija. Dia pernah selamatkan saya masa saya baru mula belajar di universiti di sana."

"Maksud awak?"

"Hari pertama saya kat hostel, ada welcome party untuk budak-budak baru. Semua kena datang, termasuklah saya. Dan party... mestilah ada alkohol dan segala benda haram. Saya tolak, sebab saya orang Islam. Saya masih waras untuk bezakan halal dan haram. Tapi, senior tak terima alasan tu. Saya tetap kena datang sebab senior dah mula target saya. Kalau saya tetap berkeras tak nak datang, saya mungkin akan jadi mangsa diorang untuk tahun tu. Nak tak nak, saya terpaksa datang."

Ash mencuit pipiku lembut. "Tapi, saya tak makan apa-apa. Saya cuma datang untuk tunjuk muka je. Lepas lima belas minit berdiri macam patung, saya minta diri. Silap saya malam tu, saya keluar ikut pintu belakang sebab pintu depan ada senior-senior yang tak berapa suka dengan saya. Buka je pintu belakang, ada dalam empat orang perempuan berkumpul dekat situ. Mulanya saya tak hiraukan diorang. Sebolehnya saya nak balik secepat yang mungkin. Tapi, seorang perempuan ni halang saya. Macam biasa, saya tolak sebaik yang mungkin. Obviously the girl was drunk at the time, so they just won't accept a 'no' as an answer. Saya cuba larikan diri sebab diorang dah mula berkumpul sekeliling saya."

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now