BAB 2

779 27 0
                                    

TELEFON aku berdering semasa aku sedang berjalan menuju ke pondok guard. Aku seluk beg galas aku dan membawa keluar telefon. Aku membaca nombor yang tertera.

Nombor tidak dikenali.

Ikutkan hati, memang aku abaikan saja. Aku tidak suka menjawab nombor yang aku tidak kenal. Tetapi mengingatkan ada orang yang hendak menjemputku pulang, aku jawab juga. Manalah tahu nombor ini milik lelaki itu.

"Assalamualaikum," Aku memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ash ni. Awak kat mana? Dah nak dekat pukul sebelas tak keluar lagi?" Dia membalas. Betul tekaan aku.

Aku hanya mampu bersetuju di dalam hati dengan soalannya yang hujung itu. Nasib baiklah Mama yakinkan aku supaya Ash jemput aku. Kalau tidak, memang aku suruh Kak Jannah yang hantar aku balik. Baik boleh balik pukul sepuluh, boleh pula dia lanjutkan sampai sepuluh setengah. Memang aku lari kalau esok ada OT lagi. Duit tak duit, aku juga perlukan rehat yang secukupnya.

"Kat pondok guard ni. Nak pesan kat pakcik guard ni minta tolong jagakan motor sekejap." Aku mendekati pondok guard yang mengawal segala keluar masuk di dalam kilang sarung tangan ini.

"Okey lah macam itu. Saya tak jauh pun daripada situ. Awak tahu kan kereta saya?"

"Ya, tahu."

Selepas memberi salam, aku matikan panggilan. Aku tidak ada tenaga mahu bersembang lebih-lebih. Sudah terbayang-bayang katil dan bantal aku di rumah.

"Assalamualaikum, pakcik." Aku menyapa pakcik guard yang sedang duduk di dalam pondok.

"Waalaikumussalam, nak."

"Saya nak minta tolong jagakan motor saya, boleh? Takut nak balik naik motor malam-malam ini. Itu motor saya." aku tunjuk ke arah motor berwarna biru gelap yang diparkir di parkir motor tidak jauh dari tempat aku berdiri.

Pakcik itu melihat sekali motor aku dan keluarkan kertas kecil dan pen. "Tulis nombor plat kat sini. Ramai pula yang tinggalkan motor hari ini."

Tanpa berlengah, aku catat nombor plat dan nombor telefon aku. Manalah tahu jadi apa-apa, boleh lah pakcik ini menelefon aku. Selesai saja, aku memberi salam dan berterima kasih kepada pakcik tersebut.

Aku melangkah keluar daripada kawasan kilang. Mata aku melihat ke kiri dan kanan. Lexus LS Ash elok terletak di sebelah tempat menunggu bas. Gelap sungguhlah malam ini. Tiba-tiba saja rasa seram sejuk. Nasib baiklah aku turutkan kata-kata Mama.

Sampai ke kereta dia, aku ketuk cermin bahagian penumpang. Dia yang sedang melihat telefon laju menoleh ke arah aku. Dengan kopiah di kepala, baju melayu dan berkain pelikat, pasti saja cair perempuan yang melihatnya. Aku pun hampir tercair, tapi terbantut bila rasa seram sejuk itu kembali datang.

Cepat-cepat aku masuk sebaik saja dia membuka kunci pintu. Aku letak topi keledar di atas ribaku dan beg di antara kaki aku.

"Bagi sini helmet tu," Ash capai topi keledar aku dan letak di tempat duduk belakang sebelum aku sempat menjawab. Huh, baik tak payah minta kalau terus mahu ambil.

Aku ambil beg aku dan letak di atas riba. Tidak selesa jika tiada sesuatu di situ.

Aku tunggu kereta ini bergerak tapi tiada tanda-tanda mahu bergerak langsung. Aku toleh ke kanan. Mata kami bertentang, laju aku pandang depan semula. Main tenung-tenung pula dia.

Aku dengar dia gelak kecil. Lawaklah itu? Aku sudahlah tengah seram sejuk ini, boleh pula dia tak gerak-gerak.

"Awak ni baru lepas nampak hantu ke apa? Pucat je muka?" Ash tegur.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now