BAB 28

427 16 0
                                    

BINGKAI gambar yang diisi dengan helaian gambar bersaiz A4 itu aku tatap lama. Ia digantung di atas tv sebesar alam di ruang tamu rumah. Baru sahaja semalam gambar itu dikirim melalui pos, begitu juga gambar-gambar semasa bernikah dan bertunang sebelum ini. Kata gadis jurugambar itu, sengaja dia menunggu semua urusan selesai barulah dia memberi semuanya sekaligus.

Wajah Ash yang senyum lebar menampakkan barisan gigi hadapannya aku pandang. Segak mengenakan baju melayu songket cekak musang berwarna ungu cerah, atau lilac. Aku pula di sebelah, terletak baju dress berona sama. Kelihatan kami memandang satu sama lain dengan riak wajah yang gembira sekali. Gambar candid pada hari persandingan kami yang diadakan seminggu yang lepas itu jugalah menjadi pilihan Ash untuk digantung di dalam rumah ini. Katanya, tiada senyuman kekok seperti apabila disuruh untuk senyum oleh jurugambar. Aku setuju dengan apa yang keluar daripada mulutnya itu. Aku pun bukanlah reti bergambar sangat.

"Saya ingat awak dah keluar tadi? Tengah tengok apa tu?"

Aku menoleh ke empunya suara. Ash sedang menuruni tangga dengan briefcase di tangannya. Hari ini dia mengenakan baju kemeja berwarna kelabu gelap dan dipadankan dengan tali leher berwarna merah hati. Rambutnya seperti biasa, elok disikat menunjukkan rupanya yang kacak dan bergaya itu.

"Tengok gambar ni sekejap. Cantik pula bila gantung macam tu." Aku menjawab soalannya.

Ash mengangkat keningnya sebelah seraya matanya jatuh pada bingkai gambar yang sedang aku perhatikan. Dia menghampiri dan berdiri di sebelah aku.

"Memanglah cantik. Tengoklah siapa yang ada dalam gambar tu." Ujar Ash.

Aku memandang dia sekilas, matanya tidak lagi pada gambar di dinding sebaliknya pada aku. Tiba-tiba rasa pipiku membahang.

"Eh, awak pun ada dalam gambar tu." Sambungnya.

Pipi yang membahang tadi bertukar dingin. Aku memandangnya tajam.

"Dahlah, saya nak pergi kerja." Aku jalan melepasinya. Malas mahu melayan. Boleh pula dia puji diri sendiri.

Semasa aku sedang memakai kasut, terdengar tawa Ash di ruang tamu.

Tak habis-habis mahu menyakat aku. Huh!

"IJA pergi rehat dulu ya, kak." Aku memberitahu Kak Linda yang baru sahaja selesai menjamah makan tengahari. Selepas waktu rehat dia habis, tiba waktu untuk aku pula.

"Yalah. Hati-hati naik motor tu." Pesan Kak Linda selepas aku mendapatkan beg silang milikku dari belakang kaunter.

"Baik, kak. Saya pergi dulu, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Pintu butik itu aku tolak dan terasa bahang tengahari menyapa wajahku. Serta-merta terasa peluh mula membasahi diri.

Tanpa berlengah, aku melangkah ke motosikal yang diparkir di hadapan kedai. Aku membuka kunci di tayar dan terus memasukkan kunci ke dalam lubang kunci.

Memandangkan butik Kak Yasmin ini terletak di deretan rumah kedai, ia dikelilingi dengan kedai-kedai lain. Di hujung kanan terdapat kedai makan mamak, begitu juga di sebelah kiri. Senang cerita, aku tidak perlu pergi jauh untuk membeli makanan tengahari.

Namun, ia sentiasa penuh. Lagi-lagi pada waktu tengahari begini. Hampir semua yang bekerja di kawasan ini akan pergi ke kedua kedai makan tersebut apabila tiba makan tengahari. Aku tidak suka bersesak-sesak, jadi selalunya aku akan membeli di kedai makan yang agak jauh daripada sini. Kedai makan tersebut terletak sepuluh minit dari butik sekiranya menaiki motosikal. Murah pun, murah. Jadi, ia menjadi tempat aku membeli makanan tengahari setiap hari bekerja.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now