BAB 39

328 10 0
                                    

AKU melihat telefon yang berbunyi. Nama ABU tertera. Empat hari berlalu, barulah dia teringat mahu menghubungi aku. Walau terasa hati, aku jawab juga.

"Assalamualaikum, Khadija." Dia memberi salam.

"Waalaikumussalam, Ash." Lambat-lambat aku menjawab salamnya.

"Awak tengah buat apa tu?" Soalnya.

"Kerja." Sepatah aku jawab. Kedengaran keluhan halus di hujung talian.

"Esok atau lusa saya balik. Nanti kita bincang pasal benda tu." Ujarnya. Aku dengar tanpa bicara. Aku tahu hal apa yang dia katakan itu.

"Khadija, dengar tak?"

"Dengar. Itu je ke sebab awak call saya?"

"Tak. Saya rindukan awak, Khadija. Sebab tu saya call awak. Awak pula kenapa tak call saya langsung? Awak tak rindu saya ke?"

"Tak." Pantas aku jawab, namun selepas itu rasa seperti mahu memukul mulut sendiri. Bukan itu maksud aku. Aku mahu menafikan katanya, tetapi lain pula bunyinya.

"Tak? Awak tak rindukan saya? Hm... siapalah saya ni, kan." Suaranya jelas kecewa. Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Bukan itu maksud saya."

"Habis tu?"

Aku menggigit bibir.

"Saya bukannya tak rindukan awak. Itu maksud saya." Aku cuba memutar belit ayat supaya tidak berbunyi seperti 'ya, aku rindukan dia'.

Kalau bukan rindu, apa dia? Kau juga yang menunggu panggilan daripada Ash beberapa hari ini, Khadija Adra.

Ash senyap di hujung talian. Kenapa pula dengan lelaki ni?

"Okey. Saya terima jawapan awak tu." Ucapnya setelah beberapa saat mendiamkan diri.

"Saya tak minta awak terima pun." Aku tidak mahu mengalah.

"Yalah, sayang. Awak ikut cakap saya tak?" Dia seperti malas melayan. Aku mencebik geram.

"Maksud awak?"

"Awak tak naik motor kan ke tempat kerja?"

"Tak." Aku jeda.

"Tapi saya naik Grab."

"Apa dia?" Suaranya terkejut, membuatkan aku ketawa dalam hati. Berjaya juga aku kenakan dia.

"Khadija... Jangan main-main lah."

"Mana ada saya main-main."

"Khadija. Saya tahu awak nak kenakan saya, kan? Mesti tengah tergelak sorang-sorang tu. Seronoklah tu buat saya susah hati?" Ash memarahiku, namun aku tahu dia tidak serius. Jika betul dia sedang marah, dengar suara saja sudah cukup membuatkan aku rasa gerun.

"Kenapa awak nak susah hati pula? Naik Grab je pun. Saya tak naik motor, saya ikut cakap awak." Aku masih mahu membuat dia resah dan gelisah. Biar dia tahu apa yang aku rasa pada hari 'gambar' itu dikirim.

"Ish, malaslah nak cakap dengan dia ni. Main-main. Lebih baik saya sambung buat kerja. Bye."

Tut. Tut. Tut.

Aku memandang skrin telefon yang sudah gelap. Aku menyengih lebar. Bagus. Merajuk lah. Memang aku takkan pujuk, sama seperti dia yang tidak mahu memujuk aku langsung selama seminggu lebih ini.

Baru sahaja aku mahu simpan telefon di dalam beg, ia berbunyi lagi. Berkerut dahiku membaca nama pemanggil. Pun begitu, jari pantas menekan ikon berwarna hijau dan terus telefon aku kembali lekapkan di telinga.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now