BAB 17

403 14 0
                                    

"JOM dating, Khadija."

Disebabkan Ash, tidur aku terganggu. Pagi Ahad begini selalunya memang aku akan sambung tidur sehingga matahari langkau dek kepala selepas selesai solat subuh. Tetapi semuanya terbantut apabila Mama menyuruh aku keluar bersama Ash untuk membeli barang hantaran kahwin. Ash pun sangatlah pandai kerana dia meminta izin Mama dan Papa dahulu sebelum memberitahu aku tentang rancangannya itu.

"Ma, tak payah lah hantaran-hantaran ni. Buat membazir duit je. Eloklah Ija kumpul duit untuk hidup lepas kahwin nanti." Aku bersuara sambil tangan aku membelek dompet yang aku bawa keluar daripada beg sandang aku. Sedih betul dengan keadaan dompet aku itu, hanya ada beberapa ketul duit syiling dan serpihan kertas yang aku pun tidak tahu dari mana asal usulnya.

Bahu aku ditampar lembut oleh Mama sekali dengan pakej jelingan mautnya.

"Jangan nak mengada-ngada." Pendek sahaja balasan Mama.

Yalah, Mama. Aku jawab dalam hati sahaja. Dia tidak tahu agaknya anak dara dia seorang ini sedang bercuti tanpa gaji. Duit dalam bank pun tinggal dua ratus ringgit sahaja. Nak beli barang hantaran apa macam tu? Kalau Ash terima hantaran gula-gula, memang aku dulu-dulu pergi beli dekat Pasaraya Eco tu.

Aku memandang jam di dinding. Keluhan aku lepaskan tanpa sedar apabila melihat waktu yang tertera. Sembilan pagi. Pasar basah pun baru buka pagi-pagi macam ni.

"Apa yang kamu pakai ni, Ija?" Mama menegurku. Matanya melihat aku dari atas ke bawah.

Aku melihat diri aku sendiri. Aku memakai baju sweater hitam dan seluar palazo berwarna coklat terang. Tudung yang sama warna dengan seluar, aku pin pada kedua belah bahuku. Apa yang tak kena agaknya di mata Mama?

"Kenapa? Tak cantik ke?" Aku menyoal Mama setelah habis meneliti pakaian di badanku.

"Cantik je, tapi tak kena lah nak keluar dengan Ash. Kenapa tak pakai kain yang Mama hadiahkan awal tahun hari tu? Tak pernah lagi Mama nampak kamu pakai." Mama sudah mula dengan pendapat fesyennya itu.

"Nak jalan banyak, Ma." Mama bukannya tidak tahu, aku memang kurang gemar memakai kain. Tambahan lagi apabila aku perlu banyak berjalan, memang tidak selesa walaupun aku pakai seluar ketat di dalam.

Aku bergerak ke pintu hadapan dan mengambil sepasang kasut loafers yang aku jarang pakai. Alang-alang nak keluar ni, pakai je lah. Biar lama-lama dalam rak kasut tu nanti reput, membazir sahaja.

"Yalah, Ija. Mama nasihatkan je. Pakai kain kan nampak ayu je, lagilah Ash terpikat." Ujar Mama.

Aku buat seperti mahu termuntah dan sekali lagi, bahu aku ditampar oleh Mama.

"Kalau dia betul-betul sukakan Ija, Ija pakai baju lusuh pun dia boleh terpikat, Ma."

Selesai sahaja aku memakai kasut, Ash memberi salam dari luar halaman rumah. Mama dan aku menjawab salamnya serentak.

"Eh, Papa tidur lagi ke?" Aku menoleh ke Mama.

"Tidurlah. Malam tadi tengok TV sampai pagi. Macam budak-budak perangai." Bebel Mama. Alamak, silap soalan pula.

"Ija pergi dululah, Mama." Aku salam dan cium tangan Mama sebelum bebelan Mama bersambung.

"Ha, yalah. Jaga diri. Pesan kat Ash tu, bawa kereta hati-hati. Jangan nak laju-laju." Mama mencium kedua belah pipiku.

"Nanti Ija bagitahu. Assalamualaikum, Ma."

"Waalaikumussalam."

Sampai sahaja di pintu pagar, Ash menghadiahkan aku senyuman manisnya. Aku pun, balaslah semula. Tak baik bermasam muka di pagi yang indah ini.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now