BAB 24

1.4K 51 0
                                        

TEPAT pukul lima petang, Abang Nuh tiba di butik. Yang peliknya itu, Ash pun ada sekali. Elok pula tu mereka parkir bersebelahan di hadapan kedai ini.

Kak Linda memberi salam kepada mereka berdua, begitu juga aku. Mereka menjawab salam dan Abang Nuh terus menuju ke arah aku.

"Layla dengan Luth tengah tidur dekat bilik belakang. Penat sangat agaknya dekat taska pagi tadi." Ujarku sebaik sahaja Abang Nuh berhenti di hadapan aku.

"Terima kasih sangat-sangat jagakan anak-anak abang tu. Ni, duit susu tadi." Abang Nuh menghulurkan dua keping not seratus kepada aku.

Dengan pantas aku menolaknya. "Eh, tak apalah. Anak buah saya juga diorang tu. Setakat belikan susu tu, tak ada apalah."

"Mana boleh macam tu, dik. Apa-apapun, salah abang sebab tak bawak sekali susu Layla tu. Ambik je." Abang Nuh cuba meyakinkan aku untuk menerima wang di tangannya.

"Betul, bang. Saya tak kisah. Anggap je saya belanja Layla."

Abang Nuh menggaru kepalanya. Wajahnya usah cakaplah, serba salah saja aku lihat. Kemudian, Abang Nuh menoleh ke belakangnya dimana Ash sedang berdiri berhampiran pintu masuk. Mereka seperti berbicara melalui mata dan sekelip mata, Ash menghampiri kami.

"Kenapa pula ni?" Soal Ash kepada aku. Bila berdiri bersebelahan, baru aku sedar betapa tingginya Ash. Abang Nuh itu sudah dikira tinggi, tetapi Ash lebih dalam beberapa sentimeter.

"Saya belanja Layla susu tu, tapi Abang Nuh nak bayar juga. Saya betul-betul ikhlas ni, InsyaAllah. Jadi tak perlu pun ganti duit saya. Berapalah sangat susu tu." Jawabku. Berapalah sangat pun, terbelalak jugalah mata aku apabila Kak Linda memberitahu harganya tengahari tadi.

Ash memandang aku dan Abang Nuh silih berganti, kemudian tangannya di tadah kepada Abang Nuh.

"Bagi saya jelah, bang. Tahulah saya nak paksa dia terima nanti." Sempat juga Ash mengenyit sebelah matanya kepada aku. Hah, fikir apa tu?

Tanpa banyak kata, duit bertukar tangan.

"Janji nanti bagi dekat Ija, eh. Jangan kau ambik buat duit belanja sendiri pulak." Pesan Abang Nuh sebelum melangkah pergi ke bilik belakang. Ash pula mengangguk laju.

Sebaik sahaja Abang Nuh hilang dari pandangan, Ash mengambil sebelah tanganku dan meletakkan duit tersebut.

"Awak ni, saya kata tak payah. Kenapa awak pergi ambik juga?" Aku menampar lengannya perlahan. Aku mahu buat pahala lebih bulan puasa ni, boleh pula dia pergi ambil juga duit daripada Abang Nuh. Kacau betul.

Belum sempat aku menarik semula tanganku, Ash menggenggamnya erat.

"Apa ni, awak? Kak Linda ada tu." Aku cuba menarik tangan aku sekali lagi. Tidak bergerak langsung, lalu aku biarkan saja. Ada lah tu yang dia mahu cakap.

"Khadija, awak kena faham. Abang Nuh tu banyak duit. Dia, kalau boleh tak nak menyusahkan orang lain langsung. Saya ni pun, pernah nak bayar dia semula sebab pinjam duit sebelum ni, itu pun berkali-kali dia tolak. Saya cakap hadiah, barulah dia ambik. Kalau awak tak terima tu, memang sampai ke esok pagi lah kita kat kedai ni." Terangnya.

Macam itu pun ada. Haih, tak apalah. Orang mahu berbuat baik, kita terima sajalah.

"Tapi, awak yang pergi terima duit ni. Awaklah yang ambik." Aku cuba lagi. Mata Ash membesar.

"Jangan nak mengada-ngada ya. Abang Nuh suruh awak yang ambik. Awak nak ke saya berdosa sebab ambik duit yang tak ditujukan dekat saya?" Ash mengangkat keningnya.

"Yalah." Aku mengalah dan memasukkan dua not seratus itu ke dalam poket seluar palazzo aku.

"Awak ni dari tempat kerja ke? Macam mana boleh datang sekali dengan Abang Nuh pula?" Soal aku apabila kami berdua mengambil tempat di sofa yang disediakan. Kak Linda sedang menutup komputer di kaunter memandangkan kedai pun sudah tutup. Tunggu Abang Nuh keluar daripada bilik di belakang saja, selepas itu bolehlah kami semua pulang ke rumah.

MR. ASH SEBELAH RUMAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang