BAB 49

585 15 0
                                    

MENURUT permintaanku, kami tidak lagi bercakap mengenai hal-hal yang lepas dan menyerahkan semuanya kepada pihak polis untuk menyelesaikannya. Hidup kami, walaupun tidak sama seperti dahulu, dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Aku dengan pekerjaan sebagai jurujual di butik Kak Min dan Ash dengan pekerjaannya CEO syarikat keluarganya. Satu perkara yang aku paling setuju apabila Ash mengutarakannya adalah, Ash akan menghantar aku ke tempat kerja. Dia melarang aku membonceng motor seperti biasa.

Ada juga ura-ura untuk dia membelikan kereta untuk aku, tetapi aku membantah. Bagi aku, biarlah aku menggunakan duit hasil titik peluh sendiri untuk membeli kenderaan milikku. Apabila aku memberikan alasan itu, Ash menerima tanpa banyak bicara.

Pejam celik, pejam celik, akhirnya dua minggu telah pun berlalu. Walaupun aku masih kurang selesa apabila berada di ruang tamu, selain daripada itu, semuanya baik-baik sahaja.

"Saya ada beli roti canai, ada kat dapur tu. Jom sarapan sama-sama." Ajak Ash sebaik sahaja dia pulang daripada berjoging di taman berdekatan. Nampaknya, sempat juga dia membelikan sarapan.

Aku yang masih berbaring di atas katil menjenguknya melalui ruang di antara kedua-dua lenganku. Dia sedang membuka baju jersinya, jelas kepenatan di wajahnya.

Lambat-lambat aku duduk sambil mata tidak lari daripadanya. Mungkin dia perasan aku yang masih merenungnya, sebelah keningnya terangkat dan senyumannya senget.

"Jangan lama sangat tenung, takut jatuh tersungkur nanti." Guraunya diiringi dengan kenyitan mata.

Terus bantal berhampiran aku baling ke arahnya. Tapi tindakan refleks-nya terlalu laju kerana sekelip mata saja, objek itu berada di dalam tangannya.

"Mana aci..." bebelku sendirian yang membuatkan Ash ketawa besar.

"Awak turunlah dulu. Saya nak mandi sekejap. Berlengas badan ni." Sesudah saja dia bercakap, baju jersi di tangannya dicampak ke arahku.

Nasib aku tidak baik kerana elok saja baju miliknya jatuh di atas mukaku. Baju yang penuh dengan peluh pulak tu!

"Ish, tak senonoh lah awak ni!" Aku cuba mencampak bajunya ke arah Ash, namun sekali lagi aku gagal dalam membalas dendam.

Geram betul lah aku dengan Ash ni. Tak apa. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas, hmph!

"Kita makan sama-sama tau. Saya mandi sekejap je. Nak bagi hilang rasa tak selesa ni." Pesan Ash apabila aku mula melangkah ke arah pintu bilik.

Aku tidak mengendahkannya, sebaliknya aku terus keluar daripada bilik. Sempat aku menangkap ketawa berdekah-dekah milik Ash. Tengoklah, sikap dia yang satu tu mungkin takkan hilang sampai ke tua. Jenis suka menyakat orang sungguh.

USAI bersarapan di ruang makan, Ash menarik aku ke ruang tamu. Pada mulanya, aku membantah tetapi dengan pujukan Ash yang tersangatlah berkesan, akhirnya aku mengalah.

Jejak saja kaki di tempat kejadian hitam dalam hidupku berlaku, aku cuba mengawal pernafasan. Walaupun tidak seteruk sebelum ini, aku masih tidak dapat menganggap ruang tamu ini sebagai ruang tamu biasa di setiap rumah.

"Perlahan-lahan, sayang." Ash menarik lenganku lembut. Kami berjalan menuju ke sofa baharu yang diganti oleh Ash.

Kami duduk bersebelahan di atas sofa kulit itu. Ash tersenyum manis, seperti biasa. Aku pula sedang cuba membiasakan diri. Walaupun rasa gusar itu ada, ketenangan yang datang dalam hati lebih besar. Nafasku kini teratur dan dengan penuh syukur, aku berterima kasih kepada Allah di dalam hati. Alhamdulillah.

"Macam mana?" Soal Ash setelah kami duduk dalam sepi selama hampir lima minit. Keningnya terangkat sebelah menunggu jawapan daripadaku.

Aku menghela nafas panjang. Kemudian, aku senyum lebar.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now