BAB 40 (TRIGGER WARNING)

515 12 0
                                    

⚠️ TW: SEXUAL ASSAULT ⚠️

TEPAT jam lima petang, butik tutup dan kami semua mula beransur pulang. Aku mahu ke kereta, tapi Rissa dan Auni yang sedang berdiri di hadapan kedai memberhentikan niatku. Setahu aku, mereka tiada kenderaan sendiri. Kalau tidak bas, Grab lah yang mereka guna.

Aku mendekati mereka.

"Rissa dengan Auni tinggal dekat mana?" Aku bertanya.

Serentak, mereka berdua menoleh ke arahku.

"Kami menyewa kat flat sebelah hospital tu. Kenapa, kak?" Balas Auni.

Sebelah hospital? Kalau aku mahu menawarkan diri untuk menghantar mereka, pasti aku akan tersangkut dalam kesesakan jalan raya semasa jalan balik ke rumah nanti. Tapi, kesian pula melihat mereka berdua yang sering mengeluarkan duit tambang untuk ke tempat kerja. Apa salahnya aku membantu meringankan beban mereka?

"Saya nak hantarkan awak balik. Jomlah." Aku mengajak mereka.

"Eh, kak. Tak susahkan akak ke?" Auni seperti terharu. Jelas kegembiraan pada wajahnya. Rissa, usah cakap. Sama saja. Mereka ini serupa kembar pun ada.

"Tak susah mana pun. Saya drive, bukan tolak kereta. Jomlah. Lambat sangat nanti, takut teruk pula jammed. Dekat situ, pukul lima lebih nanti mulalah sesak." Aku mula bergerak ke arah kereta yang diparkir.

Auni dan Rissa teragak-agak mengekori aku. Kunci kereta aku buka.

"Masuklah." Pelawaku. Auni mengambil tempat di belakang, manakala Rissa pula duduk di bahagian penumpang hadapan.

Aku menghidupkan enjin kereta dan dengan lafaz bismillah, aku keluar dari petak letak kereta itu.

AKU menghela nafas berat. Jam di dashboard aku kerling sekilas. Sudah hampir pukul enam petang. Aku baru sahaja keluar dari kawasan flat rumah sewa Auni dan Rissa. Betul tekaanku bahawa aku akan sampai lambat ke rumah. Semenjak keluar dari kawasan perumahan itu tadi, aku tersangkut di bawah flyover kerana kenderaan yang terlalu banyak. Kalau itu saja, tidak mengapa. Tapi seperti biasa, pasti ada pemandu yang tidak berhemah. Cucuk kereta lain itu satu, yang terleka pun ada. Elok boleh jalan sebab lampu hijau, tapi disebabkan tidak peka dengan keadaan sekeliling, langsung tak bergerak.

Aku berharap bolehlah lepas sebelum jam mencecah enam setengah petang kerana itu adalah waktu budak-budak balik sekolah. Dekat simpang depan itu, sekolah menengah di sebelah kiri dan sekolah rendah pula di sebelah kanan. Semakin sesaklah jika masih tidak berjalan kereta ini.

Lima minit berlalu, dan akhirnya dapat juga aku masuk ke jalan besar. Tetapi, tidak sampai beberapa minit jalan mulai sesak semula. Haih. Payah betul kalau semua orang naik kereta ke tempat kerja. Sudahnya, semua mereput di atas jalan raya.

Sedang aku leka memandang kiri dan kanan yang dipenuhi kenderaan, telefon berbunyi. Memandangkan kereta di hadapan pun masih belum bergerak, aku menyeluk beg dan membawa keluar telefon yang masih berbunyi.

ABU

Banyak-banyak masa, dia nak call sekarang juga. Aku tekan ikon berwarna hijau dan aku sambungkan pada radio kereta. Tidaklah aku disaman kerana memegang telefon semasa memandu.

"Assalamualaikum, Khadija."

"Waalaikumussalam, Ash."

Cara baru memulakan perbualan agaknya. Bagi salam dan menyebut nama masing-masing selepas itu.

"Awak dah sampai rumah ke?" Soalnya.

"Awak rasa?" Aku cuba berteka-teki dengannya. Bosan menunggu jalan yang sesak.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now