BAB 50

745 15 0
                                    

"KES selesai."

Terngiang-ngiang suara hakim sebentar tadi apabila beliau menjatuhkan hukuman terhadap Aidan dan Zahra. Tidak sangka, sudah dua tahun aku dan Ash naik turun mahkamah. Akhirnya, selesai juga.

Aidan akan mereput di penjara untuk dua puluh tahun sehingga seumur hidup bersama lima sebatan, manakala Zahra pula selama sepuluh tahun kerana telah dibuktikan bahawa dia merupakan rakan subahat Aidan. Dialah yang menarik mangsa Aidan setiap kali lelaki itu ingin melampiaskan nafsunya dengan berpura-pura menjadi kawan mereka.

Walaupun hukuman yang mereka dapat tidak dapat mengembalikan apa yang diragut daripadaku, aku puas. Aku bersyukur kerana akhirnya aku dapat hidup tanpa rasa ragu-ragu. Aku dapat hidup dengan bebas dan tenang.

"Sayang fikir apa?" Suara Ash mematikan lamunanku. Wajah gembira Ash di sebelah aku teliti.

Aku senyum nipis. Tiada kata yang dapat menggambarkan kepuasan hatiku ketika ini.

Kami sedang melangkah ke arah kereta yang di parkir tidak jauh daripada bangunan utama mahkamah. Tiba-tiba, langkah Ash mati.

"Ash?" Aku melihatnya. Sepasang matanya sedang tertumpu pada sesuatu di hadapan kami. Aku mengekorinya dan susuk tubuh seorang wanita adalah jawapannya.

Wanita barat. Rambut perangnya beralun lembut menyentuh bahu dan pakaiannya sopan menutup aurat, seperti menghormati etika pemakaian di sini. Senyumannya mekar dan kakinya mula melangkah ke arah kami.

Aku mengalihkan pandangan ke sebelah. Dahiku mulai berkerut melihat wajah Ash yang tadinya terkejut, kini tersenyum lebar.

"Lily?"

Apabila nama itu keluar daripada mulut Ash, pantas aku kembali memerhati wanita itu yang sekarang sudah berdiri di hadapan kami. Jadi... inilah Lily. Sekiranya tadi pandanganku agak samar, kini jelas dimataku. Wanita bernama Lily itu cantik berseri dan senyumannya mampu membuatkan lelaki di sekelilingnya jatuh pada pandangan pertama.

"It's me, surprise!" Nada suaranya riang, seperti segala apa yang berlaku kepadanya sebelum ini telah dibuang sejauh-jauhnya dari hidupnya.

"Goodness, Lily. When did you arrive? I didn't hear anything about you coming here at all." Balas Ash.

Lily mengangkat kedua bahunya. "Like I said, it was a surprise."

Ash menggeleng kepalanya perlahan. Tiba-tiba, Lily menggapai kedua tanganku. Dia menarik nafas panjang dan senyuman riangnya tadi bertukar suram.

"You must be Ash's first love." Ujarnya.

First love? Aku? Aku pandang Ash yang kini cuba mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia cuba menyembunyikan senyumannya, namun dapat aku lihat dengan jelas.

"You're as beautiful as he said. Nice to meet you, gorgeous. My name's Lily."

Oh. Dia baru sahaja memanggil aku cantik dan sekarang perkataan gorgeous pula keluar daripada mulutnya untukku? Sedangkan dia lebih cantik daripada aku. Mahunya aku pengsan di sini jika dia teruskan dengan kata-kata pujiannya pada aku. Aku ini sejenis manusia yang tidak boleh terima pujian. Aku tidak tahu mahu membalas apa.

"Err... nice to meet you, Lily. I'm Khadija Adra."

"Kha... dija?" Cubaan Lily untuk menyebut namaku gagal.

"You can call me Adra." Beritahuku. Aku tahu nama kedua aku itu lebih senang disebut untuk orang luar. Terima kasih, Mama dan Papa sebab bagi nama kedua untuk anakmu ini. Ada guna juga nama itu akhirnya.

"Adra, that's a beautiful name. I heard what happened to you, that's why I came here. I take it the result was favorable to you?"

Selama dua tahun kes berjalan, kerap juga Ash beritahu aku bahawa Lily mahu berjumpa denganku. Pada mulanya, Lily mahu tahu bagaimana Aidan berjaya ditangkap di sini. Jadi, aku berikan kebenaran kepada Ash untuk menceritakan apa yang terjadi terhadap aku kepada Lily. Bermula daripada hari itu, Ash sering memberitahu aku bahawa Lily mahu berjumpa denganku tetapi belum ada kesempatan sehingga hari ini. Tidak sangka pula dia masih mahu berjumpa denganku walaupun dua tahun sudah berlalu.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now